31 October 2011
ZOMBA THE WALKING DEAD update
celaka betul zomba boleh berlari laju ni apahal brader!! george romero pun hati panas tengok!!
30 October 2011
ZOMBA THE WALKING DEAD update
sementara menunggu episod 3 diupload kasik layan dulu history channel dokumentari pasal zomba ni klik
26 October 2011
ORANG EAST LONDON SEBUT ADELL, ORANG PT MOEN SEBUT ADILII
Thom yorke versi perempuan, so depressing demmmm...
25 October 2011
ZOMBA THE WALKING DEAD update
******
gua baru tau yg chanel star movies ada amek siri the walking dead ni, yg celakanya gua kena langgan movies channel 3 sekaligus Hbo, star movies dgn Max, yg lagi celaka nya kalau astro bila dah masuk chanel movies ni bil for sure kena seratus lebeh sebulan, gua cuma nak tengok cerita the walking dead je jadah!! ahhh kalau gua komplen dkt menteri penerangan pasal astro ni dia pedulik apa dgn gua, u want u pay, u dont want u watch rtm!!puihhh!!
NOTAPAKAKI:
gua baru perasan yg channel tv spore channel 5 dgn suria dh mcm gampang diapunya cerita, dh mcm rtm je lebih kurang. Kalau masa gua budak budak dulu channel 5 tu mmg power mcm mcm cerita best dan uptodate boleh ditengok, skrg dh mcm celaka, gua dgr cerita dkt sana diapunya tv berbayar dia mmg power, lu nak tgk cerita power lu kena langgan la, takde free punya brg lagi, lu lepak one corner suaaa kah kah kah kah
22 October 2011
JANE JENAB KUBAK LEBEY
Jaman muzik alternatif tgh menaik dulu gua tak layan sgt Jane's Addiction ni sbb muzik yg dibawak terlampau art buat telinga gua, gua benda benda art mmg tak IN sangat, nak nak art yg mcm gampang diapunya stail puihhhh
Kalau tak kerana Dave Navarro gitaris kegemaran gua yg bermain dlm band ni mmg tak la gua nak dengo album ni klik. Dave Navarro punya petikan 6tali mmg terbaik bunyik meletop diapunya solo pun gerek. Tapi diapunya lagu mmg kureng lahh, ada gitaris power pun tapi buat lagu mcm gampang pun tak guna jugak kah kah kah kah
MAIN SEJUK
Masalah gua dgn band band dari UK ni bila sampai satu tahap diorang akan bertukar stail permainan muzik diorang kepada satu stail yg gua gelarkan "sindrom band yg ada pemain gitar tapi takde bunyik gitar", pakai gitar mahal tapi bila dgr lagu takde bunyik pun kalau ada pun cuma plucking dua tiga note yg diulang ulang, takde progresion, sbg contoh Radiohead.
Begitu juga dgn rilisan terbaru Coldplay ini klik ia sungguh sejuk dan sungguh fail, gua rindukan stail Colplay album pertama diorang, sindrom tersebut sudah terkena pada band ni, gua kecewa, baik gua layan Zivilia, SEKIAN
NOTAPAKAKI:
Perubahan itu penting tapi jangan lah mcm gampang
21 October 2011
20 October 2011
Basikal, Gore dan Converge
so, menjadi kewajipan kawan-kawan tolong bagi inspirasi buat video kelip yang gore ala converge. paling taik pun macam gwar. nak dapat inspirasi tu lu orang kena tengok dokumentari ni:
Herschell Gordon Lewis: The Godfather of Gore (2010)
ni link lu orang download sendiri. banyak cantik nak odasajaa je. kata line internet laju mencacak. baidewey, converge mana. penipu. puihhhhhh
17 October 2011
ZOMBA THE WALKING DEAD update
15 October 2011
ZOMBA THE WALKING DEAD update
Sementara menunggu season 2 episod 1 diupload oleh brader brader kaki rip tv series kita layan dulu lagu ni.
13 October 2011
Harimau Malaya Giginya Tumpul.
Maka:
Inilah dia sejarah kerasukan ranking Malaysia dalam arena bolasepak seantarabangsa.
Tertanya-tanya;
Tahun 1993; Adalah tahun terbaik bagi pasukan bolasepak negara kita. Ken Worden pada masa itu kerap menyusun formation 3-5-2. Attacking midfield. 3-5-2; final Champions League 2005, Liverpool vs AC Milan. Tengok macamana team tu boleh kejor balik. Cuba kaji balik empat team terakhir yang layak ke Piala Dunia 2002.
Tahun 1996; Zaman Bro Wan Jamak Wan Hassan. Masa tu aku follow-up penyerang yang bernama Idris Abdul Karim (Johor FA). Masa tu umur dia 19 tahun. Tua setahun daripada aku. Tengah sibuk Piala Tiger. Daripada ranking 106 terus ke ranking 96. Bro Wan Jamak terus gagah sampai ke tahun 1997. Ranking terus naik ke angka 87.
Tahun seterusnya; *Bloop*... *Bloop*... *Bloop*... Enam atau tujuh jurulatih sudah berlalu. Sekarang, K.Rajagopal sedang menjenterakan pasukan Harimau Malaya.
Apakah masalahnya dan nak selesaikan di peringkat mana? Adakah dari pemain? Jurulatih? Atau pengurusan FAM? Renung-renungkanlah :)
12 October 2011
11 October 2011
PJ HOLDINGS
Brader eddie suruh klik sini
Plot: A documentary on the band Pearl Jam that marks their 20th anniversary in the year 2011. (sedap jugak copy paste ni ewahhh)
Lagu cover drp pearl jam yg power selepas cover lagu last kiss.
10 October 2011
09 October 2011
ZOMBA THE WALKING DEAD update
HELL YOU STREAMYX
Jacob bannon suruh klik sini. Gambo cantik, sound clear mcm tgk konsert jom heboh!!
Akhirnya.... berbekalkan kelajuan 30kbps gua berjaya mendownload Converge live at Hellfest 2011 900MB selama 8jam, owhhh hell yeah 8jam!!! Tahniah buat streamyx malaysia leading broadband provider, owhhh hell yeah provider my ass!!!
NOTAPAKAKI:
90% drp bandwidth streamyx gua gunakan utk mendownload, rugi lah gua bayo sebulan 110ringgat cuma pakai utk FB je, baik gua beli Hpon blekberon pasang broadband digi 48ringgat je kalau just nak layan FB!!puihhhhh!!!
08 October 2011
Haji Marlboro
dan respon beliau adalah ini:
Baiklah, topik utama: Yang terbaru dan aku betul-betul terkesan adalah penerangan beliau ini:
"Harga rokok ( purata ) : RM10 (sekotak) x sehari Jumlah tahunan : RM 3650 Tempoh Merokok : RM 3650 x 5 tahun = RM 18250. Maka...... Orang-orang yang merokok WAJIB MENUNAIKAN HAJI kerana terdapat lebihan harta mereka yang selama ini disia-siakan dan dibakar..."
Dan seperti yang dijangka, pada pengamatan aku, kebarangkalian majoriti orang-orang yang telah memberikan komen pada penerangan beliau adalah di kalangan perokok dengan simbolik kurang senang. Ramai telah mengalihkan dengan ada lagi isu yang lagi berat daripada yang ini.
Aku telah berhenti menghisap rokok selama tiga tahun. Bukan dengan menggunakan kaedah mengurangkan kekerapan seharian menghisap rokok secara berperingkat sehingga berhenti, tapi aku berhenti terus. Ramai kawan-kawan aku telah menyatakan hasrat mereka kepada aku untuk berhenti menghisap rokok. Tapi malangnya, kebanyakan mereka telah tertakluk kepada phrase "You can talk the talk, but can you walk the walk". Lain kali kalau nak berhenti hisap rokok, tolonglah. Jangan cerita gagah dengan aku, siap ada strategilah, kiraan matematiklah, NitQuitIn lah. Lakukanlah secara low profile.
Sebagai kawan, aku menasihati. Begitulah juga dengan tazkirah Ustaz Zamri itu. Kesan positifnya adalah lebih banyak.
05 October 2011
BAND PILIHAN WA SEPANJANG ZAMAN (SIRI 1)
Ini tak bermakna wa tertutup untuk discover new band/new faveret band dalam idup wa, tapi buat masa ini, inilah band yang telah mencorakkan telinga wa secara kerap.Untuk posting kali ini, wa nak perkenalkan band At The Drive-In.
AT THE DRIVE IN DARI KIRI KE KANAN (OMAR RODRIGUEZ-LOPEZ, JIM WARD, TONY HAJAR, PAUL HINOJOS DAN CEDRIC BIXLER-ZAVALA)
Band ni ditubuhkan pada tahun 1993, tahun dimana wa tengah bergelumang dengan PMR dan juga muzik punk dari The Pilgrims. Wa kenal punk melalui The Pilgrims dan wa sampai sekarang minat diaorang. Watdehel, ini bukan cerita The Pilgrims. Ok, band ni terbentuk daripada daripada 2 childhood frens iaitu Jim Ward dan juga Cedric. Asal dari El Paso, Texas. Lu orang dengar El Paso pun dah tau kan diaorang ni keturunan apa kan? So hal keturunan tu wa tak yah citer panjang, kang tak pasal-pasal ada melibatkan hal-hal racist plak, jadah!
Wa mula kenal band ni pada tahun 2001, ironically tahun dimana diaorang berpecah time diaorang tengah at their peak popular status. Memang legend sebab tengah gah-gah dan disebutkan sebagai "the next Nirvana", diaorang split...memang style, macam Refused (haaa....Refused akan wa cerita next post). Wa dengar lepas sesi melepak dengan bebudak Infireal (band rapcore dan kemudian tukar style muzik ke arah post hardcore/post punk) dan dalam perjalanan balik ke Shah Alam.
1st time wa dengar, wa cakap watdehel ini muzik? Wa tak pernah dengar that kind of music sebelum ni. So sepanjang perjalanan dari Ampang ke Shah Alam tu wa 2 kali dengar. Kali kedua dengar terus melekat kat telinga wa. Confirm ini band akan jadi feveret wa.
Nak buatkan lagi style diaorang ni, pada Festival Big Day Out kat Sydney, Australia, (separuh dari attendance memang nak tengok diaorang perform termasuk artis dan pemuzik), time tengah perform, si Cedric sound kat para mosher ni supaya jangan ganas sangat time mosh/pogo. Kira macam diaorang suruh para penonton supaya disiplin time tgk diaorang perform. Tapi para penonton tak dengar cakap, jenis kepala degil, diaorang buat ganas gak. At the end, lepas lagu Arcasenal kalu tak silap aku, si cedric ni cakap kat para penonton, "I think it's a very, very sad day when the only way you can express yourself is through slam-dancing, you're a robot, you're a sheep" sambil buat bunyi kambing 'beeekkkk....beeeekkkkkk...' dan terus tinggalkan stage selepas hanya 3 lagu. Semua orang terpinga-pinga dan itu adalah last show diaorang sebab sebulan lepas tu, diaorang berpecah!! Memang style!!
Dan selepas tu, Omar dan Cedric buat The Mars Volta. Jim, Paul dan Tony buat pulak Sparta, dimana kedua-dua band ni dapat liputan meluas sebagai band yang memang artistik. Banyak perselisihan faham yang membuatkan diaorang berpecah dan menjadi 2 band.
Dan nak menambahkan lagi spice pada perselisihan faham diaorang tu, masa Sparta tengah rekod 2nd album, kalu x silap aku, si Paul Hinojos (dalam At The Drive-In dia main bass, dalam Sparta dia main gitar) ni nak tarik diri dari Sparta sebab masalah kecederaan tulang belakang yang serius katanya. Sebulan lepas tu, Paul Hinojos menganggotai The Mars Volta sebagai pemain gitar kedua. What a beef!!!!!!
Tapi tu cerita dulu. Sekarang diaorang dah geng balik walaupun dalam 2 band yang berlainan (Hinojos last2 dah tak join dua-dua band ni lagi). Diaorang bleh kamceng balik bila Omar jemput diaorang semua kat satu majlis kat umah Omar ni dan terus lupakan kisah lalu. Walaupun ada ura-ura At The Drive-In nak diwujudkan balik lepas perjumpaan diaorang tu, Omar lebih senang cakap yang perkumpulan diaorang bukan nak membincangkan hal penyatuan semula At The Drive-In, tapi lebih kepada penyatuan 'long-lost-brotherhood' antara diaorang. Kalau At The Drive-In takde pun, yang penting silaturrahim antara diaorang dah bersatu, itu yang penting.
How sweet Omar!!!
Lu orang tengok sendiri betapa intense nya performance diaorang kat video youtube bawah ni.