Wa dah lama giler tak turun stadium. Memang lama giler. Tapi petang 28hb Julai 2011, wa pecah rekod gi stadium Bukit Jalil untuk menyaksikan perlawanan yang dikatakan akan menjadi satu sejarah untuk bolasepak Malaysia.
Cerita hal tiket tak yah wa sebut, wa dapat macamana tu tok sah lu orang pikir-pikir. Cukup sekadar wa mengucapkan ribuan terima kasih untuk adik wa yang sanggup mengharungi onak dan duri serta merasai lapang sasar seolah-olah di medan perang lagaknya. Hasilnya, selepas 2 jam, tiket berada di tangan adik wa yang kurang sikit ensem dari wa tapi IQ dia lagi tinggi dari wa. Nak wat camne, wa malas nak belajo!
Wa memulakan journey ke Bukit Jalil dari Parit Yaani lebih kurang pukul 11 pagi. Perjalanan smooth, cuma terganggu dengan sekatan jalan kat R&R Jejantas Air Keroh. Punyalah banyak polis, bomba dengan pertahanan awam buat keja, wa pun tak tau apesal tapi wa nampak diaorg bina canopy kat tengah jalan. Giler sapa siak nak kawin buat canopy atas jalan. Wa singgah kat Al-Ikhsan, angkat baju Harimau Malaya warna biru. dengan mencuka wa keluar duit dan terus blah tanpa beramah mesra dengan kakitangan Al-Ikhsan. Abis lu orang expect wa nak cium molot dengan diaorang lepas RM199 wa melayang? Tak dapat jack!
Wa singgah Shah Alam, pekena Nasi Ayam Mencongkam,(yes Encik Tora, Nasi Ayam Mencongkam, awak tak salah baca), adik wa sampai, naik keta Toyota KE20 wa dan terus menuju ke Wangsa Maju. Jam agak celaka sepanjang perjalanan dan lebih kurang pukul 4.30, wa selamat sampai di Wangsa Maju. Wa bukan Loris Capirossi nak bawak laju-laju. Eh, Capirossi naik moto kan? Jadah!
Wa siap-siap dan keluar dari rumah abg ipar wa menuju ke LRT Setiawangsa. Time sampai LRT tu, dah nampak manusia-manusia memakai jersi Harimau Malaya, dan semangat wa melonjak-lonjak untuk cepat sampai ke Bukit Jalil. Amik tiket ke Masjid Jamek, dan kemudian akan amik tiket ke Bukit Jalil. Sampai di Masjid Jamek memang penuh. Manusia dah ramai giler. Semua orang semangat nak tengok. Boleh dikatakan penumpang LRT pada masa tu 90% adalah penyokong Harimau Malaya. Belakang wa ada sekumpulan penyokong budak-budak alos yang berchanting dan menyanyi sebagai menarik mood untuk gi tengok kebangkitan Harimau Malaya time kat stadium tu. Wa? Wa tak yah nyanyi, wa cool dan stedi jek brader (dalam hati nak jugak join bebudak alos tu).
WA DENGAN ADIK WA PALING TINGGI. BIASA AH, BAKA OMPUTIH MEMANG MACAM TU. JADAH BAKA OMPUTIH. WATDEHEL OMPUTIH! (gambar kredit Ahmad Tongkeng @ Andaq Hot Stuff!!
Sampai kat stadium, umang aaiiiihhhhh, punyalah ramai manusia. Wa tak banyak cerita, terus carikan adik wa punya jersi, makan lebih kurang, terus masuk dalam perut Stadium Nasional Bukit Jalil untuk carik seat. Masuk dalam stadium rupanya dah penuh dah. Ah sudah, ni ada yang kena berdiri gak ni karang. Wa dengar cerita, ulat tiket jual sekeping tiket sampai RM150, dan seorang ulat tiket ada simpanan sekurang-kurangnya 200 keping tiket. Watdehel kaya raya ulat tiket hari tu, sama kaya dengan kantung FAM. Wa masuk dan cari seat. Ok nice ada tempat kosong, alih-alih mamat dengan minah yg duk dekat tempat tu kata ada orang, kira dah book la. Jadah ni free seating apa cerita nak book-book? Wa dengan gangster terus duduk dengan adik and member-member wa buat muka ganas, jadi diaorang tak berani sound. Watdehel siak ada book-book. Sapa cepat dia dapat ah. Watdehel!
Lama jugak menunggu, ada lebih kurang satu jam. Stadium dah gegak gempita dengan sorakan orang ramai. Wa rilek lagi, tapi sayup-sayup wa tengok dari jauh Ultras Malaya bersorak menyanyi dan berchanting like there's no tomorrow. Alangkah eloknya kalau ada insiatif untuk semua penyokong bersama-sama Ultras malaya berchanting bersama-sama.
Sejam lebih kemudian, player kedua-dua pasukan masuk padang untuk sessi memanas badan. Malaysia masuk semua sorak, Singapore masuk kena boo. Satu stadium jerit "LOSER,LOSER,LOSER" sebagai balasan kat kapten Singapore yang acted dari perlawanan kat Jalan Besar sampai nak main kat Bukit Jalil, acted macam celaka sial!!! Mamat ni memang celaka. Wa tak kisah memang Singapore main bagus dan Malaysia main betul-betul teruk, tapi lu punya acting memang celaka tahap haram!
Perlawanan bermula! Semua bersorak. Wa cukup respek kat semua penyokong sebab sentiasa menyokong Malaysia tak kira masa dan waktu time perlawanan. Kami akan bertepuk bila Malaysia melakukan serangan, dan kami tak maki pun kalau pemain Malaysia buat kesilapan. Malahan sokongan lagi kuat akan diberikan tiap kali pemain buat kesilapan dan dapat merampas bola balik.
WA DENGAN ADIK WA SEOLAH-OLAH MACAM HOOLIGANS DARI TURKEY! TAKPE, KITAORANG TAK JADI BELASAH KAPTEN SINGAPORE HARI TU SEBAB PERUT LAPOR. BIASA AH, HOOLIGANS KONON, TAPI MAKAN NASIK JUGAK APA.
Masuk game separuh masa kedua, masa Safee Sali score, satu stadium bergema macam nak pecah stadium. Wa siap hi-five lagi brader India depan wa tu. Seronok kan main semua orang. Tapi time Singapore score penyamaan, memang agak senyap untuk 5 minit tu, tapi lepas tu semua penyokong kembali bagi sokongan. Memang agak sangat berlagak time Singapore score penyamaan tu. Pemain-pemain diaorang memang buat provokasi letak tangan kat telinga lah, angkat-angkat tangan kat penyokong Malaysia la, apa lah....memang sungguh, celaka tahap haram! Lu tunggu la bai!
Start gol penyamaan tu, player Singapore dah main macam celaka! Bukan nak kutuk diaorang dan cara diaorang main, tapi memang main dah macam siput kena garam! Apa ke jadah gollie tangkap bola bleh sakit kepala, tackle pemain Malaysia dia yang sakit, kena tolak sikit jatuh dah macam kena pelupuh dengan kayu. Memang lakonan diaorang betul-betul menjadik. So next time punya oscar, wa cadangkan Singapore kalu nak menang anto jek team bolasepak korang gi Oscar, Samuel L. Jackson pun tabik wa rasa.
Masuk 5 minit lagi nak end game, dah ada yang keluar stadium. Tapi tak lah ramai mana pun yang keluar. Majoriti still lagi duduk menyokong dan sampailah ke saat ref tiup wisel, semua dah tau yang Malaysia kalah. Tapi apa yang mengejutkan, dan apa yang wa sendirik memang nak buat, kitaorang stay lagi walaupun game dah abis. dan kitaorg bagi tepukan buat semua pemain Malaysia masa diaorang datang ke tepi padang untuk greet semua penyokong. ITU ADALAH SATU-SATUNYA YANG SANGAT MENGAGUMKAN!!!! Wa respek.
Wa tak yah la citer camne wa balik ke LRT Setiawangsa. Walaupun Malaysia kalah, wa puas dengan atmosphere yang belum penah wa tengok sepanjang karier wa menyokong pasukan kebangsaan. Lu orang tengok jek la gambo kat bawah untuk menunjukkan betapa gembiranya wa dengan situasi penyokong bolasepak Malaysia sekarang. Congrats untuk pemain, Ultras Malaya, penyokong lama dan baru dan semua yang tengok di stadium mahu pun di rumah. HARIMAU MALAYA, AAUUUUUUMMMMMMMMMMM!!!!!
JUMPA BULAN SEPTEMBER NANTI UNTUK KELAYAKKAN OLIMPIK PULAK.
No comments:
Post a Comment