16 September 2010

Diari Syawal Osman Bakar 0.2


Selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada semua. Raya tahun ni sama seperti tahun-tahun sebelumnya. Bezanya cuma cuti raya yang singkat dan . Sambutan raya tahun ni, walaupun singkat tapi tetap meriah kerana ahli keluarga masih tetap di sisi. Memang itu yang setiap manusia harapkan. Kegembiraan dikongsi bersama orang yang tersayang. Namun, di tengah kita meraikan kejayaan kita berpuasa selama sebulan, ada mereka yang bersedih dengan kehilangan orang yang tersayang. Maksud aku 'ahli keluarga'. Raya tahun ni pasti aku takkan lupakan. Surat Khabar hari raya kedua cukup menyayat hati kita yang menunggu-nunggu kepulangannya. Hampa tetapi redha dengan pemergian beliau yang tidak disangka-sangka.

Pendedahan demi pendedahan kes pembunuhan Allahyarhamah Dato Sosilawati dan tiga yang lain pasti membuatkan hari raya tahun ni suram. Tak ada kata yang dapat digambarkan betapa kita sebagai saudara seagama mendengar nasib saudara kita yang lain sedemikian rupa. Bukan sekadar menjadi mangsa jenayah, bahkan tercatat dalam lakaran sejarah pembunuhan kejam negara kita. Terjadi pula dalam bulan Ramadhan yang mulia. Walaupun aku ni tergolong dalam manusia 'hati kering serak-serak basah', tapi bila dilaporkan kronologi pembunuhan tersebut, hati aku manjadi sayu. Bukan manusia yang sanggup buat manusia lain sebegitu. Hilang segala perikemanusiaan dan kewarasan. Semua itu kerana sedikit nikmat kemewahan dunia. Kerana wang manusia membunuh. Selama ni peguam tu kebal dengan wang dan status. Tapi sampai bila dia boleh lepas. Rupanya dah ramai yang hilang dan dikaitkan dengan dia tapi Polis tak ambil kisah sebab status 'Dato' yang ada pada dia. Itulah Polis Diraja Malaysia. Di sini kita boleh simpulkan bahawa, kalau yang hilang itu Dato sekian bin sekian, Polis akan segera menyiasat dan pelakunya segera ditangkap. Tapi kalau yang hilang itu En. Azizan bin Uyob, bekerja sebagai kerani Bank Negara, mungkin 12 tahun pun belum tentu Polis jumpa. Apa yang aku tonton setiap hari dalam buletin utama tu memberi imej Polis Malaysia bagaimana cara mereka bekerja. Dan aku percaya semasa siasatan ini berjalan ada kenyataan yang tak disiarkan di media untuk menutup kelemahan mereka.

Sebab Polis itu sentiasa MESRA, CEPAT dan BETUL.

Semoga tuhan ampunkan dosa Polis Diraja Malaysia kita. Buat keluarga dan saudara-mara Dato Sosilawati dan rakan-rakannya ucapan takziah buat mereka. Semoga roh beliau dan sahabat digolongkan sebagai manusia yang beriman dan ahli syurga. Semoga penjenayah yang melakukan diberi hukuman setimpal dan tidak terlepas seperti mereka yang sebelum-sebelum ini.

Oh, sebelum terlupa, satu soalan kepada Polis dan institusi kehakiman Malaysia. Adakah Dato ini juga akan terlepas seperti Razak Baginda? Dan kambing hitamnya senyap tanpa khabar hukumannya?

4 comments:

tora corgan said...

kenapa mesti nak guna nama en.azizan?? why?? tell me why?? i see u in court!!

Penulis Kami said...

"court banyak court.
badminton court, tennis court" tompel

NEOFISHY said...

money is the new beer brader!

roda pertama yang bersuara said...

haha!