30 June 2010

MAAF SAYA TAK NAK BELI

2005... Aku kerja di KL, ada salesman datang ke tempat kerja aku. Jual pen yang ada radio. Katanya sambil buat kerja kita juga boleh mendengar radio. Plug je earphone kat pen tu. Macam-macam lagu baru kita boleh dengor. Ada jugak officemate beli pen tu. Cuma aku je tak beli. Salesman tu terus rapat kat aku. Mulalaa bercerita pasal pen tu. Aku cakap takpe terima kasih saya tak berminat. Tapi dia terus cuba yakinkan aku untuk beli pen tu. Dia tegur daripada aku suka dengor lagu dari PC dengan headphone besor (masa tu aku pakai Philips closed headphone) baik aku dengor radio dari pen. Aku pun betah balik, "Ya. Saya suka dengor lagu. Tapi saya tak suka dengor radio". Aku pusing kat PC dan bila pusing balik kat dia... dia dah takde, hilang. Yang tinggal hanyalah partikel-partikel habuk berterbangan di situ.

Tup... tap... tup... tap. 2010... Aku dah kerja di Kluang, Johor. Dan perkara yang sama telah berlaku pada aku. Ada salesman... jual tempat letak pen... ada radio jugak... Cara marketing yang sama... salesman je tak sama dan mungkin ada pertalian darah dengan salesman dulu tu. Dan sedikit tambahan dialog dari salesman tu, "Abang boleh dengor lagu-lagu baru dari radio ni. Kita mesti ikut peredaran zaman, bang. Aku pun termenung jap dan berfikir dalam hati, "Salesman ni berwawasan. Memang nak kena sawan dia ni". Dan aku betah balik, "Ahhh! Fak lagu baru! Fak peredaran zaman! I still love the 90's... The year punk broke". Aku buat-buat pusing ke tempat lain, Mana tau salesman tu vanished in thin air macam yang dulu tu. Bila aku pusing balik kat dia... Peh! Salesman tu ada lagi. Cuma muka dia berkulat sikit. Samada dia terperanjat atau tak paham apa yang aku cakapkan tadi. Akhirnya salesman secara perlahan-lahan berjalan ke belakang macam nak moonwalk tapi tak jadi moonwalk dan terus cakap dengan nada mellow, "OK, bang. Terima kasih." dan dia terus beredar dari situ. Dan aku pun sambung makan.

Aku bukan seorang yang dipanggil sebagai radio friendly. Aku jarang mendengor lagu baru apatah lagi dari radio. Kalo dalam kereta, bini aku yang cari siaran dan layan radio. Aku anggap apa yang keluar dari radio kereta tu adalah sebahagian daripada bunyi bising dari kereta .Dan aku masih lagi layan lagu-lagu non-commercial of the 90's.



29 June 2010

SING SING SONG



klik

Pehhh teket sgd175 berak berak sial!! setakat ian brown tu bole la jgk gua pejam mata layan pelan pelan dia nyanyi, ada kepatut 30seken to mars!! Gay sial!!!!

Bye bye brader corgan....gua tetap sapot lu.....huwwaaaaaaaa...............

23 June 2010

CARTA PENYESALAN SAYA: TEMPAT KE ENAM

Menonton wayang filem kartun pada temu janji pertama antara penyebab anda akan di reject selepas makan dinnerplate kfc.

Gua telah dipaduk kan dengan seorang gadis oleh sepupu gua, katanya gadis ni adik kepada jiran belakang rumah dia, seorang lepasan universiti yg menjawat jawatan sbg seorang akauntan disebuah sarikat akauntan terkenal. Setelah beberapa minggu gua mengejas dengan telefon kompeni akhirnya dia bersetuju untuk keluar berendut. Kalau gua ada kereta memang gua angkut dia pergi layan waterfall kota tinggi, gua ambil keputusan ajak dia menonton wayang.

Zaman tu gua mmg jarang tengok wayang sbb scene vcd tengah meletup mcm cendawan sana sini, murah pun murah dan tak banyak modal, macam macam cerita gua boleh beli dan tengok, jadik scene wayang mainstream ni gua tak ambil port sangat.

Hari sabtu yg dijanjikan pun tiba. Sebagai seorang manusia yg menepati masa gua sampai awal 10 minit terpacak depan pawagam. Gua dressing ala budak taman nira, seluar jeans biru lusuh jenama GA Blue, baju tshirt kolar jenama Bonton kaler hijau dan kasut kulit terbalik potongan tinggi jenama Kangaroo kaler coklat gelap. Selang 10minit gadis yg dinanti pun muncul, berbaju kurung dan bertudung, cutting badan pun sedap, memang tak malu mak gua terima menantu mcm ni. Kitaorang bertegur sapa bertanya khabar, tanya dah lama sampai, naik apa datang, dah makan ke belum bla bal bla bla….

Ada satu ayat yg menjadikan gua muskil sampai sekarang bila dia cakap “tak sangaka eh awak ni suara dalam telefon dan bila bertemu orang nya totally berbeza”.

“Biasa lah sama mcm awak dgr suara Dj radio” jawab gua dengan penuh keyakinan.

So kitaorang terus menuju kaunter teket. Gua riki lebih kurang carta filem tayangan hari ini. Pehh diapunya cerita memang mcm pijat. Gua kurang ingat apa senarai filem yg ditayangkan hari tu, seingat gua memang takde cerita perang perang mahupun cerita gaduh gaduh. Yang ada cerita hindustan, cerita razak mohiden, cerita hantu cina, cerita mat saleh love story dan cerita siam.

Sebelum masuk pawagam gua singgah kaunter makanan cepat, tak IN la tengok wayang tak pekena makanan ringan, gua beli bertih jagung saiz besar, sebungkus keropok udang dan 2gelas air pepsi. Setelah masuk kedalam panggung wayang, gua berdua pun duduk di kerusi masing masing, memang tak dibuat orang tengok wayang sambil berdiri kan kan.
Mata gua tertumpu pada skrin wayang, kalau nak berbual bual baik lepak taman bunga, mulut gua penuh mengunyah bertih jagung diselang seli dengan bilasan air pepsi. Sekali sekala gua ketawa time scene kelakar sampai tersembur bertih jagung. Biasa la tengok cerita kelakar mesti lah ketawa kan kan. Setelah hampir 2jam filem yg ditonton pun tamat dan gua berdua terus beredar keluar.

“best jugak eh cerita Toy Story tu tadi” kata gua dengan mulut penuh keropok udang.

“ok lah, tapi kalau dpt tengok cerita awie berlakon mesti lagi best” balas si dia sambil tersenyum

“demm!! Dia ni sungguh 90an!!” menyirap gua dgr nama awie, balas gua dalam hati.

“jom makan kfc” kata gua sambil tarik manja beg tangan(bukan muhrim haram bersentuhan sentuhan) si dia yg berjenama Rorine menghala ke kedai kfc.

Gua carik port meja sedap sedap tanpa gangguan. Di satu sudut yg tidak mendatangkan syak wasangka gua pilih duduk bertentangan, baru lah style abang abang dating dgn awek mcm dlm cerita azroy.

“jadah mana ada menu makanan ‘apa apa lah’ “ lagi sekali gua menyirap dgn si dia punya merepek order makanan, budak kaunter kfc jeling gua semacam mcm nak kena penampor

Gua balik semula ke meja dgn sedulang makanan, 2 set dinner plate, kentang putar saiz besar, semangkuk jeli beraiskerim utk si dia(pancing konon) dan air pepsi.

“jemput makan” gua melawe si dia sambil meratah dada ayam

Sambil sambil menikmati hidangan kitaorang berbual bual mengenal hati budi. Zaman tu gua masih naif lagi, lurus bendul, dalam hati gua penuh keikhlasan dalam menjalinkan sesuatu perhubungan. Gua cerita la pasal kehidupan gua yg tak seberapa kaya ni, pasal family gua, zaman persekolahan gua, taraf pendidikan gua, scene pekerjaan gua, hal hal sosial gua dan tidak ketinggalan hobi gua.
Gua perhatikan drp mata kasar gua si dia ni mcm tak berapa IN dgn hal hal sosial gua terutama sekali minat gua dgn muzik rock.

Ada satu part tu masa berbual dalam topik “muzik kegermaran” gua boleh termasuk cerita pasal Wings, si dia pulak terus potong cakap gua yg dia peminat setia awie. Pehh lagi sekali gua menyirap dgr nama awie!

Gua terus shoot si dia satu kali “awak, Wings is Wings, Awie is Awie Ok!! Dua benda yg berbeza macam tempoyak dengan cencaluk, kalau tempoyak takde kita boleh makan cencaluk je, begitu juga sebaliknya. Kalau awie quit wings saya pedulik apa, beribu lagi vokalis yg lagi power dkt luar sana bersedia menjadi vokalis Wings! So apa yg saya nak tekankan di sini ialah awie tu poser!!Paham!!”

Si dia kelu dgn penerangan gua yg senapas tu dan si dia tidak syak lagi gua memang seorang mat rock sejati.

“so dalam jangkamasa 5 tahun akan datang, apa yg awak akan nampak dari segi perancangan sosial dan ekonomi dalam kehidupan awak” tanya si dia yg cuba mengalihkan perhatian drp topik muzik rock.

Pehhh dia punya soalan dah mcm dalam interbiu standed kerja manager dan guru besar. Memandangkan gua pun malas nak fikir banyak banyak dia punya jawapan kerana ia tidak memberikan apa apa kepentingan utk scene rock gua, gua senang je terus jawab,

“merancang itu boleh, tapi ketentuan itu semua ditangan tuhan, kalau yg kita rancang itu baik, baik la jawapannya, kalau jahat, jahat lah dapatnya. Apa yang nak difikirkan sangat” si dia diam je dgr jawapan gua dan sedikit tersenyum.

Nasib baik gua sempat mintak plastik kosong dgn budak kaunter, gua dah agak mesti si dia makan tak habis, 2ketul lagi ayam tak terusik, rugi, mahal tu, ingat gua mintak apa dgn kfc ayam tu.

Setelah selesai makan dan tapau, gua berdua melangkah keluar drp kompleks membeli belah hendak pulang kerumah.

“awak nak balik naik apa? jom saya hantar naik motor, saya ada helmet spare ni” tanya gua yg dah terbayang bayang naik motor dipeluk gadis dari belakang sambil main brek brek depan.

“owhh takpe lah saya dah janji dgn pakcik saya datang ambil” balas si dia dgn mata melingas riki kereta lalu lalang

“macam tu ke….” Lemah pertuturan gua mcm kalah judi kuda

Zasss!!!! Sebijik wira kacuk gsr masuk parking tepi jalan, gua riki diapunya driver, seorang budak muda dressing kemeja yg memberat kearah kelab malam dengan gaya rambut set dekat salon cina.

“ok jumpa lagi” kata si dia yg kegirangan sambil masuk kereta “pakcik” dia

Gua hanya mampu lemah melambai balas, kaki kedu ditepi jalan raya berdebu debu……..

Selepas drp temujanji tersebut gua ada telefon si dia, tapi madang busy je si dia. Selang 3bulan sepupu gua bagitau si dia dah bertunang dgn budak kerja pasir gudang.

Sekarang gua nak salahkan filem Toy Story ke, Kfc ke atau Awie??? Sekian.


P/s gua terpaksa delete bahagian gua balik rumah kena hujan lepas kena rejek sbb teramat merobek hati

22 June 2010

CARTA PENYESALAN SAYA: TEMPAT KE LIMA

Bawa anak ke bahagian barangan permainan di supermarket adalah dilarang sama sekali melainkan anda kena nombor ekor.

Ahad lepas gua ke tesco, target gua nak beli susu anak sbb dlm paper ckp ada sale, duit pun cukup cukup je untuk beli susu dua peket al maklum lah tengah tengah bulan duit pun bajet bajet. Cuaca pun panas, agak sedap jugak kalau dapat layan aircon secara percuma dekat tesco.
Entah macam mana gua pusing pusing dari satu bahagian ke satu bahagian barang lain, tiba tiba gua dah jebak masuk ke bahagian barangan mainan.
Anak gua yg tadinya duduk diam dalam troli tesco tiba tiba menyasar tengok mainan. Gua sempat jugak bagi nasihat dekat anak gua spt “nanti baby dah besar ayah belikan mainan tu eh, budak kecik takboleh main sebab berat mainan tu” kata gua bila anak tunjuk mainan transformer optimes prime harga rm200.
“haa nanti baby ada adik perempuan baru lah ayah beli eh boleh main sama sama dgn adik” kata gua bila anak tunjuk set permainan barbie, sambil sambil tu sempat jugak gua kenyit mata dkt bini gua.
Tapi barang yg satu ni anak gua dah tak boleh tahan lagi, sepantas kilat dia panjat turun troli meluru ke basikal roda tiga body set motor polis. Bila gua cakap taknak beli dia terus menjerit jerit nangis guling guling atas lantai, pehh skrg baru gua tau apa yg bapak gua rasa dulu bila gua nangis nangis tak dapat beli pistol mainan dekat pasar malam.

Anak gua tersenyum puas peluk basikal dalam troli tesco menuju ke kaunter pembayaran.

“abang taknak test ke kereta kuasa bateri ni” kata jurujual tesco sambil menunjukkan kereta mainan berkuasa bateri yg berharga rm299. Gua hanya mampu membalas dgn renungan tajam ala Ranjinikanth pada jurujual tesco tersebut. Selamat hari bapa untuk gua!!! Sekian.

20 June 2010

CUCI CUCI SERVIS

Gua tgh cuci hardisk kasik clear benda benda yg tak penting dan tak best. Harini delete fail sampai 1GB esok download barang sampai 3GB apa gila nak clear gua punya hardisk ni!! Yg gua menyirap ntah bila masa gua boleh download album saleh yaakob, tau la stremix gua laju mcm suzuki panther jerung!!!

CARTA PENYESALAN SAYA: TEMPAT KEEMPAT

Putus kawan dgn sally

Ada satu tahun tu seingat gua berumur 6tahun ada seorang budak perempuan sebaya gua bernama sally suka dkt gua, gua kasik bold YEA SUKA!!! Sbb masa kecik gua mmg comel spt kek cawan.
Sally ni cucu kpd mak long jenab jiran sebelah rumah gua, masa tu family dia belum ada rumah sendiri so duduk dgn nenek dia.
Tiap tiap hari si sally ni akan dtg rumah gua ajak gua main main maklum la zaman kanak kanak penuh dgn hiburan dan permainan. Tapi gua tak suka gua rimas. Kalau difikir secara lojik dia cuma nak berkawan dgn gua je, tapi gua yg ter lebih emo tak tentu pasal, ada sampai satu masa gua siap boleh takut nak jumpa dia, gua sembunyik bawah katil!! Mungkin sbb dia perempuan kot gua rasa tak selesa, yg tak cool mak dia siap nak jd kan gua ni menantu dia bila gua dah dewasa, OWWHH NO!!!! gua tak suka!!
Bila masuk darjah satu dia dgn family dia pindah kerumah sendiri kalau tak salah gua dkt pt besar jalan keluang, dia pun pindah kesekolah lain. So hidup gua jadik ceria semula tanpa gangguan.

Fast forward>>>

Hari pertama daftar masuk form one, setelah selesai upacara daftar mendaftar gua terus menuju ke bilik darjah. Dari kejauhan gua sudah nampak seseorang yg gua macam kenal, mimpi ngeri gua datang kembali!! Sah dan tak syak lagi budak perempuan tu sally!!! Pehhh berderau darah gua, nak lari ke atau nak buat buat tak kenal. Sally senyum dan tegur gua, gua dgn tersipu sipu malu membalas tegur, rupanya dia pun masuk sekolah yg sama. Nasib gua mmg baik tak sekelas dgn dia, gua masuk kelas perdagangan, dia kelas sains rumahtangga. Sekolah menengah budak budak pun ramai so gua mmg jarang jumpa dia, kalau berselisih pun gua main tegur angkat kepala je tapi selalunya gua akan gunakan ‘mode halimunan’.
Lama jugak wa tak jumpa sally sejak dia pindah drp rumah nenek dia, sekarang dia dah banyak berubah tak macam dulu, dgn gua pun dia buat dek je maklum lah skrg dah cun muka putih mulus, menjadi kegilaan satu sekolah, semua budak nak tackle dia.

Fast forward>>>

Form 5, hubungan gua dgn sally mcm gitu gitu je, tak pernah pun gua berbual, cuma bertegur sapa hai hai je. Gua pun pelik, dia dgn budak budak lain mmg mesra je tapi dgn gua mesti dia senyap, sama jugak dgn gua, dgn budak2 lain gua ok tapi bila dgn dia gua jadik kelu.
Lepas spm gua terus tak jumpa dia lagi, gua dgr cerita dia tak sambung belajar lagi.

Fast forward>>>

Macam cilaka gua jawab kertas stpm, gua bajet diapunya result mmg melingkup. Jadik nak sedapkan hati mak gua dan agak tak senonoh duduk rumah goyang kaki gua mengambil keputusan utk kerja sementara menunggu result stpm keluar. Gua dgn mizan budak perserai member sekelas apply kerja kilang sulam dekat taman nira.
1st day gua masuk kerja, gua ditugaskan handle mesin sulam bersama seorang pekerja senior yg menjadi tenaga pengajar mesin, guest who???? Sally!!!!! Pehhh apahal gua boleh taktau dia kerja kilang ni?? Walhal gua tiap tiap hari lalu depan kilang ni tapi tak pernah nampak dia!! Dengan rasa berat hati gua gagahkan jugak berpartner dengan dia. Dalam otak gua dah plan, time rehat je gua terus cabut tak datang lagi. Dia pun terperanjat tengok gua. Gua buat dek je, dia tanya gua lebih kurang, gua tanya dia pun lebih kurang terus kitaorang handel mesin sulam.
Ada la dekat 2jam gua membisu, rasa nak terkencing gua tahan je dari tadi. Kalau mcm gini lah gayanya mmg rabak gua kerja. Pelan pelan gua tanya sally kenapa tak sambung belajar lps spm? Dia balas dah malas nak belajar, kerja lagi best dpt duit bla bla bla…. Lepas drp soalan pertama tu gua terus berbual dgn dia, mcm takda apa apa yg berlaku, semua lancar, berbual mcm member rapat.
Gua ckp dgn dia yg gua takde niat nak larikan diri bila jumpa dia masa budak budak dulu, cuma ntah la wa mcm tak selesa dgn dia. “Aku paham” sally jawab sambil tersenyum.
Gua ambil keputusan masuk balik sambung kerja selepas waktu rehat. Sambil sambil moniter mesin sulam gua sempat jugak berbual bual dgn sally.
Wahh sekarang gua tengok sally dah makin cun melecun, putih mulus dan kiut mcm lisa surihani, ramai peminat ni, sampaikan member gua si mizan siap mintak tolong kenen kan.

“Lu nak dia lu kasik ayat la wa memang dah lama kenal dia” menyirap jugak mizan dengar jawapan gua.

Sepanjang gua kerja dkt kilang tu tak pernah terlintas nak ayat sally jadik awek gua sbb gua anggap dia sbg kawan baik, family dia semua gua kenal. Mizan siap cemburu sbb gua baik dgn sally tapi gua dgn dia takde apa apa pun. Ditambah lagi dgn gua yag serba cekai ni sebelah mata pun dia tak pandang.
Lama jugak wa kerja kilang tu dekat 8bulan sampai lah gua dapat kerja dekat JB. Tak lama lepas tu mak gua bagitau yg sally dh menikah dgn budak taman nira.

Jodoh pertemuan di tangan tuhan, cuma gua rasa memang menyesal selama dekat 10tahun gua tak berbual dan berkawan dgn dia. Mungkin jika dari kecil gua berkawan dgn dia agak nya dia akan jadik bini gua kot hahahahaaaa dan gua mungkin tak kerja dkt JB dan tak berkahwin dgn bini wa skrg, mungkin gua tak main gitar mahupun membuat band doom, dan mungkin jugak gua tak lepak dgn budak budak jalan jenang dan menaip utk blog ni. SEKIAN

18 June 2010

CARTA PENYESALAN SAYA: TEMPAT KETIGA

Quit band rock kapak ijan musa.

Minggu lepas masa layan rancangan rentak juara gua terperanjat band ijan musa yg diberi nama HY26 tah apajadah wa tak ingat telah dapat masuk rancangan ni, pehh dasat skill twin gitar dia goreng goreng kira kononnya style neo-clasical + dream theater tapi yg pelik main lagu sinaran shiela majid, peh tak paham gua. Kalau tak merasa gua keluar tv siap pakai seluar leather hitam kilat, kasut supra highcut, jeket jeans rambu ramba, spek rayban krum dan wig ala jon bon jovi owhh gua hampir lupa gitar jenama fender kaler putih head stok terbalik!! SEKIAN.

GAYA DAH MACAM AHLI POLITIK



Macam nak daftar jadik ADUN la next selection...agak-agak wa nak tabur modal apa ek bagi lincah sikit diaorang ngundi wa......

17 June 2010

Apabila sampai ajal seseorang tidak akan dicepatkan atau dilewatkan walau sesaat



Pagi tadi sedang aku melungsuri sesawang satu akhbar harian, aku tertarik untuk membaca tentang seorang perempuan yang kehilangan suaminya sejak 8 Jun lalu yang diketahui kemudiannya suami beliau terlibat dalam kemalangan maut. Bila aku perhati betul-betul, wajah perempuan tu macam pernah aku kenal. Dan bila aku baca nama yang tertera barulah aku yakin, dia kawan satu kursus dan satu kelas aku dulu. Dan lebih tepat lagi, dia 'study rival' aku tahun 2003/04. Hampir satu kelas tau klik aku dan klik Dillah ni tak 'ngam'. Tapi tu dulu la. Eh.. aku bukan nak cerita sejarah hidup aku dekat sini. Jangan cuba alihkan tumpuan aku ok.



Aku turut merasa sedih atas apa yang berlaku. Dan berita ini mungkin dah tersebar kepada semua kawan-kawan yang mengenali dia dan arwah suaminya.

"Tiap-tiap jiwa akan merasakan mati; dan Kami menguji kamu dengan kejahatan dan kebaikan sebagai cubaan, kemudian kepada Kami kamu akan dikembalikan." (21:35)

.........................................................................................

Semoga roh suami Pn. Norhadilah Mohammad dicucuri rahmat dan digolongkan dalam golongan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.

CARTA PENYESALAN SAYA: TEMPAT KEDUA

Tidak belajar ilmu elektrik, elektronik, pertukangan dan pembinaan.

Baru baru ni, kipas siling ruang tamu rumah gua dah kaput setelah berkhidmat selama lebih 10tahun. Kipas baru jenama KDK gua dah beli, tapi time nak pasang gua baru teringat gua buta ilmu elektrik, karang tak pasal pasal gua rentung kena karen, tu belum campur dgn gua punya gayat panjat tangga lipat!!

Tahun lepas, mangkuk jamban duduk gua tiba tiba bergoyang, gua ingat ada hantu yg goyang rupanya simen yg jadi pelekat antara mangkuk jamban dgn lantai pecah kerana tidak dpt menahan beban berat resaksa yg duduk diatas mangkuk jamban menyebabkan ia bergoyang goyang. Gua salahkan tukang buat jamban masa 1st time diorang pasang dulu main bedal je tampal simen asal boleh. Dengan semangat diy merepek gua boleh beli gam silikon tampal mangkuk jamban, 2 hari je dia melekat lps tu goyang balik, gua pergi kedai hardware tanya simen apa nak pakai, ada kepatut apek tu cakap “haiya senang saja lu kasi panggil plumber lorr” cilakak!!

Seminggu ni, boleh dikatakan hari hari hujan, gua baru perasan atap genting rumah gua dah menunjukkan tanda tanda nak bocor dibeberapa tempat strategik. Agak agak atap genting rumah gua ni boleh menampung tak berat badan gua bila gua panjat atasnya??? NOT!!!! SEKIAN.

FLYER GIG - LEARN ENGLISH SESSION

Satu ketika dulu, flyer gig sangat penting untuk meng'up-to-date'kan setiap undergrounders. Sejak akhir-akhir nih, terutama kemunculan Myspace dan Facebook, printed flyer sangat rare untuk dijumpai, kalu ada pun cuma time gig jek.

Nak dijadikan cerita, seorang member aku (Kent nama timangannya) yang baru berkecimpung dan berjinak-jinak dengan gig nih sangat berminat untuk mendalami 'ilmu' untuk menjadi seorang undergrounder true, yang sebenarnya memang tak wujud pun istilah tuh...hahah...

Di sebabkan dia ni power main gitar dan menunjukkan minat yang sangat mendalam, so kitaorang yang tau serba sedikit mengenai (sikit jek, tak banyak pun...) dunia underground pada masa tuh, terus ajak dia ni join band. Senang sebab dia minat.

Disamping berlatih untuk band, kitaorang jugak tak melepaskan peluang untuk pergi gig setiap kali ada event tuh. Dan setiap kali tu lah si Kent nih pun tak melepaskan peluang untuk join sekali. Kadang-kadang sebelum gig, habis semua jenis lagu dihafalnya, terkumat-kamit dia ikutkan lagu tu untuk menghafal setiap bait lirik yang rata-rata dalam bahasa English. Disebabkan dia ada sikit kurang dalam penyebutan dan pemahaman terhadap bahasa English, so rujukan adalah pada kitaorang bila ada sesuatu benda yang dia tak paham.

Satu hari, masa tengah lepak-lepak dalam asrama kolej kitaorang, Kent yang pada masa tu dok tengah belek flyer gig tiba-tiba bersuara kat aku....

"Eh Neo, aku tengok band Featuring ni ada jek kat dalam flyers semua gig....famous sangat ke band nih?"

Aku naik pening sebab aku tak pernah dengar langsung band nama Featuring. Sepantas kilat aku tanya.

"Mana? Tunjuk kat aku jap"

Dan sepantas kilat jugak si Kent tunjuk flyer yang dari tadi dia tengok dan terus tunjukkan kat aku band Featuring yang dimaksudkan...."Ni ha band Featuring", tunjuknya dengan jari telunjuk.

Serentak dengan tu, aku dan kawan-kawan yang lain gelak kuat sampai terbahak-bahak.

Kent senyum tak paham apa yang kitaorang gelakkan!

CARTA PENYESALAN SAYA: TEMPAT PERTAMA

Gua sekarang tengah busy menyiapkan album pertama gua yang berkonsepkan ambient black metal d-beat, gua akan rilis album ni dalam format piring hitam, pada siapa yang takada pemain piring hitam pandai pandai lah DIY nak kasik keluar diapunya bunyik.

Baru sekarang gua tau betapa susahnya menjadi eddie hamid menerbitkan lagu tanpa pendidikan muzik secara formal yang hanya berpandukan bacaan dan video daripada internet yang entah betul entah tidak, ditambah pula dengan menggunakan instrumen muzik standard zaman pra-sejarah yang tidak terkini apatahlagi sensasi. Gua dgr cerita nak join band backup artis jomheboh pun nak kena tau baca not taugeh, lauk taugeh masak lemak gua tau la…

Tidak belajar ilmu muzik secara formal menduduki tempat pertama carta penyesalan gua. SEKIAN.

09 June 2010

2 IN 1... JAMMING & SAUNA

3 jam beb berpanas dalam studio tu. Semuanya topless kecuali aku. Bukan kerana segan nak menayang perut pejal 1 pack, tetapi tidak mahu menunjukkan keadaan butang seluar saiz 32 pada perut saiz 37. Ianya sungguh crust punk walaupun dari produk old skool metal. Terima kasih kepada Uda; tuan tanah kedaung dan jurukamera; Firdaus dan Cekgu.

07 June 2010

JOURNEY TO THE CENTER OF THE KUALA TERENGGANU

2 minggu lepas aku gi Kuala Terengganu. Saja jalan-jalan lepas dekat setahun tak berjalan...lama jugak tuh...balik-balik hujung minggu gi BP Mall, BP Mall, BP Mall...kalu ada duit lain ah citer, ni pusing-pusing jek...ceh!

Ok skip dengan BP Mall...perancangan percutian telah dibuat selepas calculation yang mengatakan ada duit lebih sikit (duit bini, bukan duit aku...hahaha). Lepas timbang tolak rata, kitaorang sepakat nak gi Kuala Terengganu, sebab tak pernah pegi dan sebab lain nya TOL TAKDE....so duit lebih untuk tol boleh digunakan untuk lain-lain benda yang lebih berfaedah daripada tol...

Kitaorang memulakan perjalanan seawal pukul 8.30 pagi...budget nak gi lagi awal lepas subuh, tapi banyak benda nak setel, so kena pegi lamabat sikit. Perjalanan daripada Parit Yaani ke Kuala Terengganu aku anggarkan selama 6 jam. Sepanjang perjalanan, tak banyak benda yang ada, kecuali dengar lagu dengan ngunyah keropok. Berenti jap kat simpang nak ke Muazam Shah untuk isap rokok.

Dalam tengah jalan tuh, ngam-ngam sampai kat Jalan Gambang Kuantan, aircond kereta aku buat hal....anak-anak dah kepanasan, si kecik Yeya dah menangis manjang nak tido tak bleh sebab panas....diberitakan kepanasan pada hari tu ialah 38 darjah celcius...pergh.....tengahari pulaknya tuh....nak tak nak, terpaksa teruskan jugak perjalanan sebab nak sampai cepat kat Kuala Terengganu.

Kitaorang sampai kat Kuala Terengganu lebih kurang pukul 4.30 petang. Check in jap kat Primula Beach Hotel, rilek jap dan turun pekena seafood goreng tepung kat tepi Pantai Batu Buruk. Pantainya biru giler.....seronok aku...Akid jangan cerita lah....lepas makan seafood biasa tuh, kitaorg gi pantai, main air sampai ke maghrib.

AKU MEMANG STEADY KALU MANDI PANTAI

Lepas maghrib, kitaorang gi makan kat kedai yang direkemenkan oleh kawan wife aku. So kitaorang pun menuju ke Kedai Sate Ori untuk menjamu selera di samping melihat-lihat bandar Terengganu. Makanan yang disajikan biasa jek, boleh lah tapi konsep dia memang bagus. Aku rasa Kedai Sate Ori patut buat francais seluruh Malaysia. Baru cara.



MEE CALUNG VERSI SATE ORI PESANAN DARI WIFE WA...OK JUGAK LAH

WA PUNYA MAKAN MALAM, NASI GORENG ADA KUPANG IMPORT DARI NEW ZEALAND, MACAM OMPUTIH, SIMPLE DAN SEDAP

Balik ke hotel, tengok pemandangan malam Kuala Terengganu. Best sangat!

KUALA TERENGGANU VERSI MALAM, BUKAN KUPU-KUPU MALAM AAAHHHHHHH

Yang buat aku kira macam terkejut, rupanya Pantai Batu Buruk ni letaknya kat tengah-tengah bando Kuala Terengganu....gila Miami abis.....cuma takde kedai Tattoo jek...setakat yang aku tau ah...

Soknya pepagi kitaorang bangun sarapan kat hotel. Wife aku memang suka sangat kalu sarapan kat hotel...bukan apa, dah kita bayor, tak kan tido jek, baik makan sekali ye dok gitu abe we? Sarapan biasa jek. Nasi goreng, nasi lemak, nasi dagang dengan kerabu takde plak...heran gak aku...tak kisah ah...lepas makan terus gi swimming pool Akid nak main air lagik..biasa lah Akid, kalu dah jumpa tempat berendam, memang tak nak lepas punya. Mandi lebih kurang 2 jam setengah. Lepas tu kitaorang siap-siap nak check out sebab sebelum tu hotel tu fully booked, so tak dapat lah duk Kuala Terengganu sehari lagi.

Sebelum blah dari Kuala Terengganu, kitaorang singgah kat Pasar Payang. Pasar ni memang terkenal kat Kuala Terengganu. Macam-macam ada jual kat sini. Style dia lebih kurang macam Pekan Rabu kat Alor Star dan kalu kat BP plak macam...macam....macam....errr...takde kot...hahahahah....tapi biasa jek lah...tujuan gi sana nak beli lah serba sedikit buah tangan untuk dibawak balik...ok lah tuh kan....aku gi ke gerai makcik sorang nih yang terpelosok kat dalam, orang tak ramai pun gi tempat dia...beli benda apa yang patut macam keropok, keropok sira, dodol, etc.

Cool makcik nih, aku kenakan dia pun dia cool ajek, siap melayan lagik...wife aku pun join sama kenakan dia...tapi memang cool lah makcik nih, siap buat lawak lagik...hahahah...murah rezki makcik

SERUNDING DAGING MAKCIK TU BUAT GUNA DAGING LEMBU TEMPATAN....KALU YANG GUNA DAGING LEMBU IMPORT TAK BEST DAN TAK SEDAP SANGAT...CAYALAH MAKCIK

Lepas pusing-pusing, kitaorang naik kat food court atas...lebih kurang macam food court bustand BP ah....panas dan takde lah bersih sangat, biasa jek lah...cool lah tuh! Kitaorang makan Mee Sop Terengganu style dengan Nasi Air.

MEE SOP SIMPLE DAN SEDAP....SENANG MAKAN BENDA-BENDA SIMPLE NIH...MURAH-PUN MURAH....RM 3 JEK

WIFE AKU PESAN NASI AIR...DIA LEBIH KURANG MACAM NASI YANG LEMBIK SANGAT PASTU DILETAKKAN KUAH SOP....OK LAH...TAPI AKU PREFER SOTO

SUASANA KAT PASAR PAYANG PUNYA FOOD COURT...PANASSSSSS....

Lepas makan, kitaorang redah selamba rock ke Cherating. Tak plan pun nak book hotel ke chalet ke, main redah jek....sepanjang jalan benda sama terjadik, aircond problem, tapi redah lagik....adalah jugak singgah kat sesetengah tempat, nak singgah Rantau Abang tengok penyu telor, tapi dah jadi macam tempat apa dah...macam tempat jin bertendang!

Sampai kat Kuantan lebih kurang pukul 6. Terus gi ke Cherating Beach Resort. Lucky ada kosong. Tapi bilik tak senonoh....mahal jek lebih....so next time sesapa tak yah la gi chalet tuh....tapi redah kan jek!

Malam keluar makan dan besoknya, sarapan kat area jalan nak ke Kuantan. Aku makan sarapan nasik Kerabu, pergh dah macam orang pantai timur ah sarapan nasi kerabu...sedap nasi nya...puas ati lah jugak....murah pun murah...cool betul lah pantai timur nih...

NASI KERABU YANG AKU MAKAN...MEMANG SEDAP...TERINGAT-INGAT SAMPAI SEKARANG...NEXT TIME AKU NAK TRY JUGAK NASI KERABU VERSI TERENGGANU...MESTI SEDAP GAK

Kitaorang singgah ke Kuantan jap...gi mall apa tah sekejap, pastu terus heading ke restoran feveret kitaorang, Sara Tomyam...yeah! Restoran ni masak memang sedap...harga pun berpatutan...sesuai dan suitable untuk kuantiti dan kualiti yang disediakan....restoran nih Asum @ Azri Musa yang perkenalkan, ingat nak ajak dia, tapi Asum gi gig kat Ikea plak...

KANGKUNG GORENG BIASA...PEDAS SIKIT...TAPI OKLAH...

KERABU MANGGA NI MEMANG TERBAIK...WA BUKAN PENGGEMAR KERABU MANGGA, TAPI DIA PUNYA RASA MEMANG MARVELOUS DAN LOUS LOUS LOUS

SOTONG GORENG TEPUNG UNTUK AKID

DAGING BAWANG PUTIH...INGATKAN SAMA MACAM KAT OM FRUIT JUICE (KL), TAPI LAIN RUPANYA...BUT STILL SEDAP CUMA DAGING LIAT SIKIT...POTONG KAT SITU JEK LA SIKIT

AYAM KARI HIJAU....MEMANG MARVELOUS DAN SUPERB...SIMPLE TAPI SEDAP...MEMANG MENJILAT JARI LAH....

Kitaorang keluar dari Sara Tomyam dengan perut yang kenyang, hati yang senang dan gumbira....harga berpatutan sangat-sangat, dengan kualiti dan kuantiti makanan, air tembikai, air teh ais, ais kosong, semua sekali cuma RM32 jek....beza abis dengan harga kat Batu Pahat mahupun KL.

Secara kasarnya, perbelanjaan untuk makan dan minyak cuma mencecah RM 300+- (tu termasuk isi minyak full tank 3 kali isi dan pusing-pusing bando Kuala Terengganu dengan Kuantan) jek...itu dah cukup menguntungkan kalau nak bezakan gi KL untuk minyak dengan tol jek dah mencecah penat nak keluar duit...hahah

Lepas makan, terus straight balik ke Pekan Parit Yaani dan tido sambil peluk gitar baru...ehem ehem ehem!

03 June 2010

MAKAN-MAKAN AREA BATU PAHAT

Halo semua.....hari ni saya nak bawak anda semua ke sebuah warung di Batu Pahat Johor yang terletak di kawasan teksi stand lama di kawasan paling popular untuk makan-makan iaitu di Jalan Omar, berdekatan dengan Summit Parade.

Warung yang di maksudkan ialah warung Apahal....yes, itu adalah nama sebuah warung, bukan pemilik warung yang tanya lu orang Apahal.....warung ni terletak berdepan dengan warung tom yam 3 puteri dan bersebelahan dengan Izat Hair salon...

APA YANG BEST?

Memula aku datang, aku pesan makanan biasa jek. Aku order nasik dengan ayam halia whilst orang umah plak order nasi goreng kampung. ok lah...not bad....

2nd time datang, aku order Nasi Ayam Kunyit untuk 2 orang. Ini recommendation dari kawan aku yang katanya kat warung ni specialties nya ialah nasi ayam kunyit. So bila aku order, memang specialties warung ni Nasi Ayam Kunyit. Rasanya lazat dan simple. So tak yah banyak-banyak nak mengunyah benda-benda tak patut. rujuk gambar kat bawah untuk pandangan lebih jelas mengenai Nasi Ayam kunyit persembahan dari warung Apahal.



NASI AYAM KUNYIT WARUNG APAHAL

Aku macam biasa akan pesan ais kosong kalau makan kat luar. Orang umah aku plak terasa nak minum benda yang spesel, so dia order lah Air Racun. Rasa air nih bukan lah macam racun round up atau racun tikus sekalipun, tapi rasa air manis lah...dia lebih kurang macam air katira tapi ada banyak sikit bahan dan kalau tak silap ada campur sikit air gas....aku air manis-manis ni kurang minat, so pada aku air tu kira macam sedap jek lah. Rujuk gambar di bawah untuk pandangan yang lebih jelas.


AIR RACUN

APA YANG TAK BEST?

Semua benda mesti ada yang tak best punya. Yang tak best pasal Nasi Ayam Kunyit nih ialah dia punya kuantiti.....sikit sangat...dan harga dia yang agak tinggi untuk kuantiti yang sikit macam tuh.....other than that, lain-lain ok dan layanan pun bagus.

JOURNEY TO PANTAI TIMUR

coming soon.............

01 June 2010

ALAM RIA CUTI HUJUNG MINGGU SAYA



1.aircon kereta panas, hati lagi panas, wa hantar servis, tiba tiba hati gua jadik heppi sebab bila bayar bil servis harga dibawah paras kemiskinan, tengkiu brader dinn aircond, kalau kat jb sure gua dah kena kapak dgn tauke aircon, malam siap ada bajet lebih lagi pegi makan siakap tiga rasa dekat perserai kah kah kah kah
kereta gua skrg dia punya sejuk dah mcm dkt dalam jusco tebrau kah kah kah kah

2.ada port jaming baru barang baik, kalau nak main gitar sambil baring baring pun tuan tauke jaming tak marah!! Jimmy lu boleh pegi jahanam!!!

3.terjumpa kawan lama zaman gua join band rock kapak dulu, walaupun beza umur lagi muda drp gua tapi perangai matang mcm abang abang, tak mcm gua perangai yg kurang senonoh, orang sebegini harus dibuat kawan, harus je bukan wajib tau.

4.itu air fresh kedondong asam boi memang terbaik dari ladang, ada masa gua nak return balik itu kedai asam manis.

5.gua balik bp lalu highway exit yongpeng utara, gua kalau nama yongpeng ni mmg gua menyirap tapi sbb dah janji nak hantar barang kiriman orang gua gagah kan jugak lalu jalan yang teruk belobang sana sini mcm gampang!! Budak yongpeng sila take note yea!!!

6.apasal gua boleh taktau bret hart dah main balik WWE sbg general manager RAW?? Apasal bret hart skrg muka dah mcm ozzy osbourne?? Apasal gua boleh taktau yg bapak gua ada amek chanel gusti???

6.wa ingat lepas ni dah malas nak lepak lepak sekitar bandar bp, wa ingat nak lepak taman sri sulong di parit sulong, wa tgk taman tu hidup segan segan, baru lah jauh, petrol pun tengah murah lagi sekarang ni, dan keadaan jalan yg gelap dan seram, gua dengar cerita dkt taman tu ada beruang kah kah kah kah kah