30 March 2010

Sungguh lama tidak berciter...

Ok..ok.. aku dah lama tak menaip kat sini. Ampun.

Bila aku online, aku lebih leka membaca, mendengar dan menonton daripada menaip. Di ofis, disebabkan terlalu banyak kerja yang melibatkan penaipan dan penulisan, bila sampai di rumah... aku akan bosan bila menaip lagi. Mindset aku adalah, "to bring along your routine from workplace to your home... is one of a language from satan". Jadi, apa yang aku dah buat dengan P.C aku bila online atau tidak? Jadi, aku terpaksa menggagahkan diri untuk menaip panjang bagi menceritakannya.....

Facebook... Kawan-kawan memang ramai kat situ. Kebanyakannya mereka suka menulis komen tentang diri sendiri supaya orang lain boleh komen pasal dirinya seramai mungkin. Aku baca setiap komen-komen dari mereka. Aku lebih suka upload gambor foto dan menulis sedikit tentang gambor-gambor tersebut. Kali terakhir aku menulis komen tentang diri aku adalah penggunaan string D'Addario dan apa kaitannya dengan .056.

Youtube... Pencapaian mendapatkan ilmu dari segi pandang dengar dan sedikit pembacaan. Ilmu terkini adalah hubungan rambang antara mxr micro amp dengan kepala Orange tiny terror. Sungguh goram den dibueknyo! Oh ya... Clip band-band sludge metal adalah penghibur irama dan lagu sebelum tidur.

Harakahdaily dan Malaysiakini... Di manakah kebenarannya dari segi perbandingan dengan akhbar-akhbar mainstream yang lebih ramai orang membaca majoritinya... dan majoritinya adalah buta IT. Aku baca kedua-duanya... dan pertimbangan minda akan menentukannya.

Footytube... Rumah aku takde Astro untuk menonton liputan EPL dan Champions League. Apabila aku hidupkan T.V... samada yang ikut bernyawa sekali adalah DVD player atau Xbox360. Siaran T.V jarang sekali aku menontonnya.

Wikipedia... Kamus IT yang paling seronok aku baca. Taip aje apa-apa. Tekan enter dan semuanya keluar. Disebabkan cita-cita asal aku adalah ingin menjadi sebagai seorang tentera masih ada, aku akan baca tentang apa-apa info tentang ketenteraan. Info terbaru adalah kisah Mohammad Amin Al-Husayni bertemu dengan Adolf Hitler semasa di kancah perang dunia ke-2.

Ahhh... Aku dah malas nak menaip... nanti senang-senang aku akan sambung kelak.....

29 March 2010

MEMUNCAK MUNCAK

Skrg ni pukul 11.30 malam waktu wajib tengok tv. Tengah sedap gua layan tiba tiba ada suara kasi enterframe dari belakang,

Maam besar: hai tak pernah pernah hari ni boleh tengok diari AF pulak??

Kipas Lipas: eerrr eerrrr geng bas sekolah tengah iklan tu.....

Di skrin tv cekgu linda jasmin tengah warm up 1 2 3 1 2 3 4, gua jadik kelu sambil menekan remote nombor chanel 611....

28 March 2010

Namanya Jamil Bane Abu, bukan????



Kepada semua ahli kelab takut bini, UNITED X FRONT mencabar anda semua untuk turun ke Kuala Lumpur pada 15 May 2010 menyaksikan kelincahan band kegemaran Encik Jamil Bane Abu ini. Sila off kan hp anda ketika berada dalam majlis ini. Jika tidak, kes isteri telefon bertanya "Awak kat mana ni??" akan berlaku lagi seperti tragedi 2004 di Kompleks Kolam Renang Larkin, Johor Bahru. Sekian.

27 March 2010

ALESENGAL

Alesana - The Emptiness (2010)


Ada satu brader sms gua aritu rekomen band ni. Dua tiga kali rekomen gua, yg gua menyampah tu siap call call tanya "dah dengar ke belum??" gua mmg malas nak layan, apataknya wa baca nama je dah mcm nama pompuan mcm nama chelsea team bola. Jadik tanpa pegi kekedai keset gua kasi daownload sedas, apa sedap sangat la band ni. Disebab kan capaian internet gua laju mcm kuda tak sampai 5 minit download selesai. Gua kasik ekstrak .rar ke folder musik, gua klik pada file dan terus dibuka pada pemain winamp berkulit lama. Lagu pertama bermain dipembesar suara, gua xpuas hati, gua tekan butang next dekat winamp masuk track 2, hati gua tiba tiba membara, gua kasi stop winamp delete folder album ni lenyap drp hardisk gua, gua karate meja makan satu kali!!! Gampang punya lagu!!!!!!!!!!!!!!!!

klik kalau lu suka mendengar band cokia mcm ni

26 March 2010

KERANA PANAHAN MATAMU


Irma Hasmie, pelakon yang digossipkan bersama Nabil

Aku tau dia ni sekarang digossipkan dengan Nabil Raja Lawak, tapi lumrah manusia apa, suka tengok pada benda cantik.

Aku rasa tak salah kalau sekadar minat jek, bukan menggatal dan tergila-gila. Apa-apa pun, berita terbaru yang aku dengar, Abg Mat Tora yang sekarang dah tuko nama kepada Tora Corgan, dah join Fesbuk dah dan semalam baru add fanpage Tiz Zakyah.

Aku rasa tebiat dah budak Tora ni main fesbuk, sebab sebelum ni dia Presiden Kelab Anti Fesbuk dengan slogan "FESBUK C**T"! Ke sebab nak tambah cawangan?

Oh, Irma Hasmie!!

JALENAN KASEH



Kicap merupakan salah satu benda penting dalam hidup gua selepas petrol. Kawan?? kawan takpenting, kawan gua letak no 30 selepas biskut tiger.

Kalau makan nasik lauk telor goreng kuning goyang tak letak kicap diapunya feel makan memang out, dah mcm makan pasir, tu yang naik baran, kucing gua tendang, pintu jamban gua terajang.

Jenama kicap cap Jalen merupakan kicap pilihan utama gua, gua sentiasa memastikan stok kicap tidak putus dirumah gua, karang tak pasal pasal gua menyasar mcm budak putus ‘dam’.

Seingat gua dulu penutup botol kicap diorang pakai ceper, tak mcm sekarang, diorang dah sediakan penutup plastik siap dengan lubang kecik agar senang nak tuang kicap. Kalau tak dulu kasi tebuk lobang kecik atas ceper utk tuang kicap, kalau nak lagi true tuang kicap ibu jari tutup lubang botol pastu masa tuang kicap tarik pelan pelan ibu jari kasik kicap keluar, tapi kalau silap tune itu ibu jari boleh banjir kicap lu punya nasik.

Owhh gua hampir terlupa, hujung hujung bulan mcm ni adalah antara time yg paling nikmat makan nasik dengan kicap. *kenyit mata* SEKIAN

22 March 2010

BAIK DENGAR DEFTONES JANGAN TELINGA YANG DEFTONES

Deftones - Diamond Eyes (2010)


Waw boleh tahan enak, terbaik dari ladang!! Rilis of the year!!
5bintang klik

19 March 2010

PENGALAMAN SAYA SEBAGAI PEMAIN BOLASEPAK

Originally posted at http://ikanrocker.blogspot.com/



Start darjah 6 aku dah wakil sekolah. Posisi penjaga gol. Mungkin sebab aku tinggi, Cikgu Brahim tak banyak citer terus confirm amik aku jadi keeper Sekolah Kebangsaan Seri Telok. Merasa jugak jadi naib juara MSSC Yong Peng. Ngam-ngam masa final lutut aku kena bisul. Lepas bolos 1 gol, aku mintak kat Cikgu Brahim keluar sebab bisul aku dah pecah. Salah satu alasan aku tak nak main sebab darah gemuruh. Dan taktik aku menjadi. Akhirnya sekolah aku kalah 3-1 dengan Sek. Keb. Ladang Union.

Masuk sekolah menengah, proses bermain bola berterusan. Aku sekolah menengah kat High School Batu Pahat dan dapat asrama. Disebabkan aku duk asrama, tiap-tiap petang main bola. Abis lu orang nak expect apa kalu dah duk asrama? Tengok cerekarama?

Masa main petang-petang, tah apa jadah abg senior suruh aku main dengan diaorang sebab tak cukup korum. Nak-nak posisi yang kosong tu keeper, so senang lah aku nak handle, walaupun aku tak terer. Korang bayangkan la aku yang junior ni, baru tingkatan 2 masa tu main dengan abang-abang senior yang besar gedabak dan main terer nak mampus,wakil sekolah lagi, pastu rembat punya lah tak ingat. Aku rasa macam diaorang saja jek nak kenakan aku rembat kuat-kuat. Sampailah tiba satu tahap, ada sorang abang senior yang memang champion main bola (kapten sekolah) dia sudah lepas kan satu rembatan. Tah ah siau macamana aku boleh dive selamatkan bola tu dan tak gol. 2 bulan lepas tuh, abang senior aku datang kelas time aku tengah belajar, keluar dan gi padang untuk training pemilihan bawah 16. GILER!

Masa training, aku buat sebaik mungkin dan dari segi pemerhatian, aku tau Cikgu Zaini (coach kitaorg) memang nak jadikan aku keeper. Tiba last selection untuk pemilihan pemain, ada friendly match dengan Sek. Men. Dato' Bentara Luar. Tah kat mana lah silapnya, darah gemuruh aku datang lagi. Sekolah aku tengah leading 1st half dengan 1-0. Aku masuk sebagai pemain gantian dan tak sampai 10 minit, aku dah lepaskan 3 gol yang sangat-sangat mudah. Esoknya, nama aku kena drop dari senarai terakhir team sekolah. Dan kenangan lawan dengan team Bentara Luar betul-betul buat aku down nak main bola lagi.

Tahun depannya aku naik tingkatan 3, Cikgu Zaini panggil aku untuk training bawah 18 team sekolah. Giler apa, bawah 16 pun aku tak lepas, nak jadi keeper bawah 18? Aku terpaksa pegi bila Cikgu Zaini bersungguh-sungguh suruh aku training. Aku terpaksa bersaing dengan keeper bawah 18 sebelum tuh, Sofyan yang dah 2 tahun pengalaman jadi gol keeper bawah 18. Aku tak expect pun untuk jadi keeper 1st, memandangkan kenangan lepaskan 3 gol mudah masa lawan Dato Bentara still terngiang-ngiang. Lepas training, aku diterima jadi sebahagian dari team. Takut memang takut, tapi aku expect aku akan jadi keeper nombo 2, jadi tak kisah sangatlah, bleh ponteng sekolah.

Surprisingly, masa nak lawan 1st match, Cikgu Zaini namakan aku sebagai keeper utama. Bila dengar nama aku jek, aku terus cuak, camtu jugak senior-senior aku yang tak yakin dengan aku, siap cakap "aiseh, dia ni jadi keeper? bleh ke? biar betul cikgu ni!". Memang agak hina...tapi perlawanan diteruskan jugak dan the game ended team sekolah aku kalah 3-0 pada sekolah Vokasional Batu Pahat.....memori yang manis sebab semua gol adalah hasil kepakaran lawan dan gol sendiri team mates, dan aku menyelamatkan sekurang-kurangnya 5 bola yang boleh gol dan 1 sepakan penalti. Sejak hari tu, posisi gol keeper utama untuk bawah 16 dan bawah 18 team sekolah aku pegang.

Dan hari ni, aku bukan pemain bolasepak. Untuk apa aku cerita pengalaman ni? Sebab sebagai pemain bola, usaha sangat penting dan aku berusaha untuk jadi 1st choice gol keeper walaupun sebenarnya aku rabun!

Teringat cikgu matematik aku yang cakap, "Awak tak boleh jadi gol keeper lah...kasi orang lain main....awak memang tak berbakat jadi gol keeper". He ate his word after that!

17 March 2010

SCOPIEN BRADER SCOPIEN!!

Scorpions - Sting In The Tail (2010)


Diorang kembali dgn album baru, pada pendapat gua diorang baik tukar nama kepada pijat!! klik

8 Mile

Tiba-tiba gua jadi panas. Ada ke patut dia kata gua dah sombong. Baru tak datang rumah dia 8 bulan, dia dah kata gua sombong.

.........................


Kalau gua datang rumah lu tiap-tiap malam. Bantai lu punya beras, nanti lu kata gua tak membantu pembangunan ekonomi rumahtangga lu.

.........

Bila gua rasa sedih, gua layan lagu ni......



*hakikatnya gua memang cari tempat mana gua boleh makan 'per' setiap malam

16 March 2010

AKU BUKAN SEMALAM




Sudah menjadi rutin gua dgn fendi salim petang petang naik motor ronda ronda ke fountain. Gua memang tak gemar sangat ke fountain ni tapi disebabkan fendi salim saja kawan gua(masa itu) jadik wa layankan je.

Fendi salim suka kesana sebab nak riki awek yang waktu malam bernama kathy manakala siang bertugas di TNB department angkat tiang letrik.

Gua berdua akan parking motor tepi padang stadium sebab kalau ada “rush” senang sket nak cabut lari.

Entah apa lobang haritu fendi salim dapat larikan motor EX5 bapak dia. Terkial kial yamaha cup bapak gua kejar EX5 dia. Sampai je fountain gua tengok fendi salim tengah rilek atas motor stand tengah sambil hisap rokok daun.

“celaka!! Bawak motor mcm setan!”

“well randy mamola lah brader!”

Tak sampai 5minit dari jauh wa nampak kathy tergelek gelek jalan menuju port dia.

“hah awek luuu” gua tunjuk guna muncung

“aiseh men kebaya la” jawab fendi salim mata mcm serigala

“apalagi pegi lah” gua bakar dia satu kali

Fendi salim pelan pelan jalan menuju port kathy. Gua peratikan je dari jauh. Hancur jugak style fendi salim ni, dengan kaum sejenis pun dah terkedu kedu apatah lagi dengan wanita tulen. Tak sampai lima minit dia jalan balik semula menuju motor.

“hah apa cerita” gua tanya penuh excited

“payah la, baik layan ‘dam’ ” jawab fendi salim sambil sarung helmet sgv

“jom ah gerak, wa nak pegi sungai ayam amik ‘dam’, sblm tu wa nak bakar budak asrama highschool kejap” kata fendisalim sambil pulas minyak kasik sound ekzos sedap sedap

Kalau bawak motor yamaha cup bapak gua bunyik memang pijat, diapunya asap jgn cerita la berkepul kepul. Nak bakar budak asrama highschool pun takde selera silap silap boleh kena kutuk balik dengan diorang.

Kali ni mmg dah kena lah diapunya taste, ekzos EX5 bapak fendi salim ni kalau diperah betul betul mau orang yang duduk jln kolam air pun panas telinga.

Gua pun tak sebulu sangat dgn budak budak highschool ni madang nak yokoh je, terutama sekali budak asrama diorang, hari hari makan lauk ikan jeket pun nak yokowh, gua yang duduk rumah makan lauk telor goreng dengan kicap sambil layan otromen pun tak kecoh mcm diorang.

Fendi salim amik lap sedap betul betul depan bangunan asrama highschool, dia kasi pulas minyak sedap sedap bunyik ekzos EX5 dia, 3 empat budak asrama meluru menjenguk ketingkap, nak jerit pun tak guna, yang mampu hanya menyumpah dan berharap kalau lulus periksa bapak diorang kasi hadiah sebijik EX5…….. kalau lah……….

Gua malas nak nak follow fendi salim pergi sungai ayam, tak menjana ekonomi langsung kalau gua pegi sungai ayam tu.

Drp jalan depan asrama highschool gua potong tasik Y keluar depan TIGS terus keluar roundabout terus masuk jalan rahmat. Niat dihati gua nak ronda ronda seround bandar BP.
Dari jalan rahmat gua masuk jalan sultanah gua potong depan odeon terus jalan pengkai tiba di corner belakang the store shit happens!!!
Brader polis buat road blok time azan maghrib, gua dah jebak tak boleh nak cilok, roadtax dah mati, lesen pun takde!

“cukup ni” kata gua sambil menyeluk poket seluar yang hanya ada rm2.30


tidak perlu disambung.SEKIAN

15 March 2010

ALBUM HAWTT??

The Dillinger Escape Plan - Option Paralysis (2010)

Rilis of the year!! Demm demm hot hot ohmaigad!! Nuf said!!
5bintang klik

Coheed and Cambria - Year of the Black Rainbow [2010]

Rilis of the year!! Terbaik daripada ladang!!!
5bintang klik

08 March 2010

TAHNIAH KECIK

Bagi korang yang mengikuti Raja Lawak musim ke 4 nih, keputusan telah pun terserlah. Juara ialah Kumpulan Kecik, naib juara ialah Idlan (Abg Kasim Pon Pon) dan Alex menduduki tempat ke 3.

Tahniah untuk pemenang!

JUARA , Kumpulan Kecik (Wan dan Ucop)


NAIB JUARA, Idlan (Abg Kassim Pon Pon)


TEMPAT KETIGA, Alex

Tahun ni ada pembaharuan yang diaorang buat. Ada karpet lawak. Gayanya lebih kurang macam karpet merah yang orang-orang obersi dan tak kurang jugak anugerah-anugerah kat Malaysia ni buat, cuma bezanya, karpet lawak nih membariskan pelawak-pelawak, dengan style diorang, yang tak over...hahahah....ada nampak eksklusif sikit dan nampak grand sikit. Cuma yang tak ada ialah artis-artis popular dan artis-artis yang berpakaian terlebih-lebih over ngengada. Antara yang hadir dalam acara karpet lawak ialah Dato' Jamali Shadat, Hamid Gurkha, Jalil Hamid, Abg Jem (Saleh Yaacob), kumpulan Sepah dan ramai lagi. GRAND PADA STYLE MEREKA SENDIRI.

Pembukaan arena akhir Raja Lawak pun ada sedikit style. Mula-mula ditayangkan cerita pendek macamana si Johan dan Zizan nak ke arena Raja Lawak. Cool but need more improvement.

Malam tadi adalah malam Alex. Setiap persembahan yang dia buat, kena dengan punchline dan target. Daripada cerita mengenai pemandu teksi, sampailah ke muzikal komedi yang dipersembahkan, Alex nampak tak canggung.

Idlan pulak, still gunakan modal Abg Kassim Pon Pon dia, walaupun berubah jadi Burung Hantu. Takde improvisation. Memang bosan. Tapi masa pengalihan persembahan kepada muzikal komedi, Idlan pukul rata. Kalau di bagi pilihan muzikal sapa yang terbaik, memang susah nak tentukan pemenang antara Alex dengan Idlan.

Kecik malam tadi adalah persembahan terburuk diaorang. Punchline tak kena. Komedi sedikit merapu walaupun ada gak yang menjadik, tapi hasil persembahan diaorang adalah yang terburuk sekali. Masa muzikal komedi lagi haru. Dengan mic yang tak berfungsi, nampak persembahan diaorang semakin terganggu dan lari tune. Boleh dikatakan, kalau dinilai berdasarkan persembahan pada malam akhir Raja Lawak, Kecik memang tak layak langsung untuk menang.

Tapi, ada tapinya, persembahan konsisten diaorang sepanjang minggu melayakkan diaorang untuk menang. Kira macam piala liga jugak lah, bukannya kalah mati. Kalau kalah mati tu lain ceritanya.

Diaorang mendahului undian hampir 67%, satu pencapaian yang tinggi. Tak mungkin dengan undian hanya satu malam, Kecik boleh turun takhta.

Di akhir rancangan, tak ada selingan persembahan seperti Raja Lawak sebelum nih, sedikit sebanyak kemeriahannya terganggu, sebab cepat sangat klimaks.

Apa-apa pun, tahniah pada semua pemenang, pada aku, tiga-tiga adalah pemenang sebab dah dapat masuk akhir.

Ada orang kata raja Lawak ni nonsense, macam bodoh, tapi pada aku, ini antara program yang 'BERANI UNTUK BERUBAH' dan tak stereotype, walaupun caranya mungkin melibatkan undian, tapi persembahan perserta tak sama dengan semua rancangan realiti, dan yang paling penting, aku boleh ketawa tengok rancangan nih.

Orang bando memang tak tengok Raja Lawak, orang kampung jek tengok. Tengok daripada peserta pun dah tau golongan macamana yang tengok. Apa standard ek orang bando tengok Raja Lawak?

04 March 2010

SIRAP IS SO YONG PENG

Anak gua dah start join scene minum air sirap, kalau sehari tak pekena diapunya menyasar lain macam.
Hari ni gua lewat balik keje, macam taksenonoh jugak singgah giant semata mata nak beli sirap sebotol.
Gua terus singgah minimarket dekat rumah gua, hari pun dah lewat brader kedai pun dah start angkat mesin parut kelapa masuk dlm kedai.

Gua selalu beli jenama F&N depan gambo budak pompuan, tapi minimarket tu takde jual pulak, gua riki lebih kurang gua terus sambar sebotol yg bukan jenama F&N.



Bederau jugak tengok jenama kicap sekarang dah ada buat perasa air sirap. Nasib baik bukan kicap yang gua beli.

Gua tak layan sirap sirap ni, gua layan teh, baru lah nampak london sket.SEKIAN.

01 March 2010

Basic Instinct 3

Dah dekat seminggu aku demam. Ada dua sebab je kalau aku demam. Kalau tak salah urat, ada orang meninggal. Aku balik kampung minggu lepas, mak cakap Atuk sedara meninggal sakit jantung seminggu sebelum tu. Sekarang baru aku sedar. Aku bukan je ada sawan orang meninggal tapi aku dah ada instinct orang nak meninggal.


Dua malam lepas, aku mimpi jumpa mamat ni. Tah apa alamat mimpi tu.

Kepada blood yang ajak aku ngeteh malam tu, minalaidilwalfaizin.