01 September 2009

Merdeka... Mendeka

Sepatutnya pagi tadi aku kena join perbarisan statik seperti yang telah diarahkan pada 3 hari sebelumnya. Tapi aku gagal dengan kejayaan aku untuk tidur terlajak selepas Subuh dan berpanjangan zzzz nya sehingga jam 11 pagi. Tak tau la kalau bos aku suruh aku mengadap dia untuk bagi sebab. Ah! Tak perlu rasa takut wahai patriotikku.

Tak lama selepas sedar dari tidur, semangat kepahlawanan mula membisik kepada aku untuk menyambut Hari Kemerdekaan. Lalu aku hidupkan t.v disusuli dengan xbox 360 dan terus sambung main game Medal Of Honor: Airborne. ya! Game perang-perang. Tak bosan untuk aku bermain berulang kali. Kata patriotik, beb. Pastu aku sambung main game baru; Batman... Arkham Asylum. Betah!

Hari kemerdekaan jugalah berita di t.v mengingatkan kita bahawa bermula 1 September 2009, minyak RON 97 naik 20 sen. Kerajaan mula menggalakkan kita supaya cuba menggunakan minyak RON 95 yang dijual pada harga RM1.75 seliter. Apakah persediaan kenderaan kita yang berusia kurang dari sepuluh tahun untuk diberikan dengan minyak RON 95 yang selama ni kita guna minyak RON 97? Try & error lah caranya. Apa-apa hal aku try pada motor komando aku.

Hari Kemerdekaan adalah hari yang sama bagi hari ulangtahun perkahwinan kami yang ke-2 dan disambut secara sederhana sempena Ramadhan. Baru tadi aku bawak bini makan di Secret Recipe makan Tom Yam Kung disusuli dengan tapau nasi Unagi yang ada ikan belut di Sushi King. Pastu beli barang dapur sikit. Ho yehh!

Hari Kemerdekaan Sale Di Store Supermarket. Masa beli gula pasir, ada not telah ditulis, "Seorang hanya boleh membeli gula pasir maksimum seberat 2 kilogram sahaja". Aku anggap ayat tersebut adalah satu terma bagi perkataan "catuan". Atas dasar apa ianya jadi begitu, ek?

Sempena Hari Kemerdekan, aku mencuri membaca surat khabar. Isu arak kepala lembu la pulak. Aku check blog-blog orang lain. Kecoh, beb :). Tak pasti pulak kalau penduduk-penduduk SS23 Shah Alam yang organize. Katanya NGO yang buat. Ah! Suratkhabar mainstream sekarang ni bukannya isinya fakta 100% pun. Banyak sangat ayat "difahamkan" atau "dilaporkan" . Aku bukak suratkhabar berhaluan kiri pulak. Ada pernyataan 'Mengapi-apikan semangat perkauman yang sempit (serta) sentimen agama (Islam) yang salah'. Peh! Ada lagi rupanya. Logo Satu Malaysia semakin mengecil. Dalam laporan kedua-dua suratkhabar yang aku baca, satu sahaja yang tele atau sama paras rupanya; "kredibiliti Polis dan FRU". Kalaulah aku diberikan hak untuk membuat perbandingan Perarakan 'Kepala Lembu' tu dengan Perarakan Mansuhkan ISA dan dikaitkan dengan "kredibiliti Polis dan FRU", Ish... Ish... Ish... Satu lagi, masa perumahan di situ dalam peringkat Master Planning atau permohonan Kebenaran Merancang, ada layout kuil tak di Seksyen 19? Apa yang aku tau, 24 tahun atau 25 tahun sebelum tu, masa orang beli rumah di SS19, dalam pelan tapak takde stated kuil. Kira macam kena kencing pedih jugak laa. Ada orang PBT Selangor bagitau aku (betul atau tak), tapak asal kuil tu (SS19) milik PKNS. Oooo... So, yang kat area SS23 tu ada tanah industri PKNS jugak. Dan kat situlah pembinaan kuil baru ini akan dipindahkan dengan persetujuan Majlis Bandaraya Shah Alam. Dan seterusnya ada demonstrasi (tak tau siapa yang organize) la pulak bantah :)

Sabtu sebelum Hari Kemerdekaan, dapatlah aku balik Batu Pahat. Malam tu selepas Terawih, aku dapat berjumpa dengan kawan-kawan di Bawah Pokok Sena. Qarma, Brader Tora, Buntit, Arul, Zam Tong..... Neofishy takde. Maman pun takde sebab pergi ke K.L atas sebab misteri menceleh. Lama tak jumpa diorang ni. Memang seronok. Itulah event yang paling menarik sempena Hari Kebangsaan tahun ini; dapat jumpa kawan-kawan B.P.

Apa lagi yang menarik tentang Hari Kebangsaan pada tahun ini? Hmm... Secara peribadi aku cakap ianya macam biasa je. Statik dan skema. Baik aku fikirkan apa lagi kebaikan yang boleh aku buat sempena Ramadhan ni.

Bak kata Pak Det, ” Mengisi kemerdekaan tu lebih sukar…”

Merdeka! ... Mendeka!

4 comments:

Chan said...

pehh.. batman arkham asylum siot!! dah lama aku mengidam nk game tuh!!! wahhh....

tora corgan said...

pssst neofishy lepak dgn rokstar brader!

NEOFISHY said...

the best from abg dozo so far! kudos!

tora corgan said...

pehh ngomong london sehh