Ingat lagi bila sesuatu yang exclusive sangat bernilai untuk hidup kita?
Exposure menyebabkan sesuatu benda jadi lame. Exposure menyebabkan sesuatu perkara akan jadi dah tak exclusive. Banyak benda kalau dah 'berterabur' akan jadi dah tak 'rare'. Sebab tu sesuatu yang limited hanya akan jadi hak pada individu tertentu jek. Contoh, kasut Adidas Campus tahun 1997, walaupun Adidas keluarkan lagi edisi Campus terkini, hasilnya tak sama dengan tahun 1997. Sama juga datangnya dengan muzik dendangan Refused atau pun The Clash, bila semua orang tau, they were rad. Tapi atleast diaorang takde lah popular mengalahkan tahap Micheal Jackson. And they were one of a kind band. Sama juga datangnya dengan figura aksi dari Star Wars yang betul-betul limited dan hanya orang-orang tertentu jek yang boleh dapat atau tatap, so benda tu jadi macam exclusive dan yang penting, RARE!
Kat sini datangnya perihal exposure yang berlebihan tak baik untuk sesuatu hal. Dalam satu konteks lain, ianya bagus...sangat bagus. Tapi dalam satu konteks yang lain pulak, ianya membawa kepada seusatu kehancuran atau ketidak seimbangan sesuatu hal. Dalam konteks bagus, exposure memberikan ruang yang lebih luas untuk sesuatu hal lebih berkembang dan diterima ramai serta menjadi ikutan. Contohnya, band-band indie sekarang yang telah diterima dengan begitu meluas dan mendapat sokongan yang padu dari golongan masyarakat remaja dan juga so-called indie lovers. Begitu juga penerimaan orang ramai terhadap makanan tradisional seperti Nasi Lemak umpamanya. Penerimaan orang ramai terhadap nasi lemak sangat positive sampaikan nasi lemak diangkat sebagai salah satu makanan rasmi masyarakat Malaysia, dimana semua bangsa boleh menyediakan, makan, mencuba, memasarkan dan menikmati keenakkan nasi lemak. Dalam konteks bagus, nasi lemak menjadi trademark pada komuniti Malaysia di mata antarabangsa, dan dengan rasanya yang lazat, secara tak langsung nasi lemak mengangkat nama masyarakat Malaysia ke arah yang lebih positive dan lebih diterima umum dunia.
Tapi sesuatu exposure lebih mendorong kepada ketidak stabilan dan kehancuran sesuatu perkara/organisasi/etc. Ambil contoh Refused lagi sebagai sebuah band yang telah exposed dan bagus, tapi disebabkan exposure berlebihan, ianya mengundang kepada perpecahan band, lebih-lebih lagi bila seseorang dalam band lebih berkuasa daripada yang lain. Contoh lain organisasi perdagangan/financial/etc macam Enron, The Lehman Brothers, AIA dan lain-lain. Kejatuhan mereka disebabkan oleh ekonomi, tapi disebalik tu, exposure yang lebih telah menyebabkan orang-orang didalam institusi seperti itu menjadi tamak, sebab kelebihan exposure menjadikan syarikat-syarikat ini dihantui oleh keuntungan berlipat kali ganda daripada yang biasanya sepatutnya mereka dapat, dan hasilnya, konflik dalaman menyebabkan antara sebab kejatuhan mereka. Contoh lain ialah kesedapan dan nilai astistik nasi lemak. Disebabkan sudah terlalu ramai orang boleh buat nasik lemak dan jual nasik lemak, nasi lemak tu sendiri dah tak ada keasliannya, terutama dari segi rasa. Kalau 15 atau 20 tahun dulu, nasi lemak adalah 'NASI LEMAK', sekarang nasik lemak adalah 'NASI KURANG LEMAK'. Sambal nasi lemak pun dah hilang rasanya yang tersendiri sebab, kerana sepatutnya lada nasi lemak adalah dikisar tumbuk dengan menggunakan lada kering yang asli, sekarang sambal nasi lemak dah ditukar menggunakan lada cili boh, yang dah pasti kurang kick dan kurang asli. Dari segi artistiknya, nasi lemak bukan lagi nasi lemak yang dibungkus daun pisang, tapi nasi lemak yang dihidangkan kat atas pinggan ataupun polisterin. Inilah anatara sebab exposure tu tak baik untuk sesuatu perkara.
Contoh lain, band saya. Dulu masa mula-mula buat band, masa main lagu-lagu cover, dalam hati cuma keseronokkan bermain muzik. Kami enjoy sangat dan semahu-mahunya tiap-tiap minggu jam, paling kurang 3 kali seminggu. Lagu-lagu cover yang dibawak memang membuatkan masing-masing teruja sebab seronok dapat main sebijik-sebijik sama dengan lagu asal. Dalam kepala tak fikir apa, cuma seronok jek. Tapi lepas dah banyak main gig, dah ada lagu sendiri, dah ada exposure lebih, nama dah naik, orang semua dah kenal, panggilan untuk main gig dah bertambah, datang masalah dalam band. Konflik antara personal, gaduh, selisih faham, lain pendapat, semua tu timbul. Main band dah tak seronok lagi. Main band cuma nak memenuhkan tanggungjawab jek, iaitu tanggungjawab sebagai sebuah satu unit yang kononnya sepakat.Bermain dalam band bukan lagi satu keseronokkan, sebaliknya ianya satu bebanan.
Sebab tu exposure kekadang lebih banyak masalah daipada kepuasan. Exposure lebih mendatangkan masalah yang mungkin kita tak sedari walaupun niat sebenarnya bukan untuk mengexposekan sesuatu perkara. Masalah ini bila dah datang, dah pasti akan hilang seronok, walaupun boleh diselesaikan.
SAMA DATANGNYA DENGAN BLOG NI :)
-neofishy :)
19 comments:
secara peribadi mengikut konteks bermain di dalam sesebuah band,saya buat sesuatu bila ada passion.bila passion itu tiada,saya tak buat dah.yang pasti,'passion never die' cuma ia perlu diselaraskan mengikut situasi.uish,cerita pasal sk8,kalau bole saya nak main sk8 lagi!tapi kene realistikla..walaupun masih kacak,badan dah tak sasa.tapi saya masih ingat ayat yang pa'din tulis dalam notebook saya 'once a sk8boarder,always a sk8boarders'.itu yang membakar.
Bila aku baca posting ni aku rasa pening aku rasa lapar, ni baru lah mencabar!
Pada gua buat band main muzik tu hobi heppi heppi, kalau tak suka takyah main, takyah cerita pasal prinsip, cerita nak glam terkenal semua org kenal, tak femes takpe, lagu tak sedap takpe janji hati puas!
P/s beli gitar memahal takkan nak simpan dlm gerobok je kan? kan?
terlebih pendedahan?
sama dtgnya dgn blog ini,
sama datangnya dgn blog ini...
;)
jinggal a.k.a the so called penulis blog jln jenang.
hahaha.
ermmm... 2 benda yg aku faham.
first nk ckp psl band.
second nk ckp psl blog ni.
ok. mcm tora ckp la kn - happy dan hobi, jgn rumitkn bnda kecik. mudahkan je. kalau refused yg nama besar bleh split, asl jalan jenang x amik lgkah yg sama. tp x syok la sbb jj xde konflik sesama penulis. suma kaki merapu.
pg td tora tnya nk 'cabut' tak shoutmix tu psl jadi isu. xyah cabut, kurangkan kontroversi, tingkatkan prestasi (melodi).
xda sapa yg baca blog ni. kita yang tulis kita yg baca. yg dtg hanya siggah mcm rnr
sbb jj bukan blog kental cm jln telawi etc.
rilek, amek rokok sebatang, timing
alamak...sori en jinggal... x perasan
kawan2 suma kenalkan inilah pengerusi jalan jenang yg sebenarnya...
"jinggal the perv dudos"
tanpa dia jj hanya omong-omong kosong
hai kawan2!!
haha jadahnye pengerusi tulis pn setaun sekali,
jing'thepengerusi?'gal
dia sebenarnya macam ni...dalam 1 band ada 5 kepala, atau 4 kepala takuk...semua org ada passion masing2, dan passion tuh semua orang boleh mencanak naik dia punya semangat...tp bila passion bertukar jadi satu tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dilaksanakan, ianya bukan lagi passion...faham?
SAMA DATANGNYA DENGAN BLOG NI :)
*p/s:rasanya pengerusi blog ni, Encik Jinggal paham dengan post ni....cheers!!!!
-neofishy :)
....dan yek Encik Tora, saya setuju sangat dengan cerita saudara....bermain muzik untuk hobi dan happy2...yes! itu tujuan utama saya bermuzik!
....encik qarma, saya pun setuju dengan anda....lek, lu, amik rokok sebatang, timing...
in my case, aku lebih banyak kunyah chewing gam dari isap rokok sekarang....rokok MAHAL!
- neofishy :)
hahaha bey lu cara la bey,
aku takda kredit la mau bls sori yeh.
mlm lpk jommmmmmm kwn2....
aah pengerusi asek belendir je pe jadah nak tulis!
P/s jgn lupa protection tau hahaaha
peh cik neo dah mkn bublegum la pulak aritu makan gula rula hacks setengah kilo hahahahaa
blog ni bukan cerita psl band pun sebenarnya...dia cerita pasal exposure, pendedahan...tu jek :)
-neofishy :)
Hmm..exposure ni bukan majalah exposure yang Ateng dan kawan2 buat dulu eh? heh
ok.nampaknya, blog ni dah jadi sedikit hangat sebab ada lawatan dari beberapa nama besar dan tak berapa besar yang muncul dan hilang dalam radar Batu Pahat ni.jadi, pendedahan untuk jalan yang sebatang tu dah luas. dulu ada yang tak tau pun jalan jenang kat mana, sekarang dah ada yang tunggu 'Yuen' malam2 kat pinggir jalan tu(sebab SouthEast Asia dah tutup.huhu).
en. neofishy, untuk kritikan saudara tentang keseronokan bermain band yang hilang dimamah tanggungjawab yang membebankan, aku kira perkara ini adalah subjektif bilamana passion itu aku percaya tak semua pemusik ada dan tau mengekalkannya.budak2 Batu Pahat,contoh yang paling rapat la kan, tak semua beria2 untuk
bermain musik sepenuh jiwa. aku biasa dengar rungutan dan cakap2 belakang. itu biasa. jadi, kita tau, tak semua ada passion ni.
dan dalam konteks sebuah band, aku kira prinsip dan attitude memang penting la.untuk hala tuju kolektif kan dimana individu memilih secara demokratik la kan.jadi, segala keputusan sepatutnya diterima dengan besar hati kerana konsep keadilan tu ada dipupuk dalam prinsip dan attiude band tu.yang jadi masalah adalah bila cakap2 mungkin tak lepas dari hati dan tersimpan. itu yang aku kira mungkin rumit sikit la untuk diatasi.
apapun, ini apa yang aku fikir je.yang aku tau, banyak pemusik2 Batu Pahat ni yang passionnya besar macam en neofishy sendiri, abang mat tora, en qarma, en jinggal dan beberapa kerat kelompok luar radar jalan jenang ni.jadi, terus hidupkan jiwa tu sebab tinggal kita2 ni je yang ada untuk terus jaga musik dan attitude kita tak hilang ditelan arus moden gelombang-baru-indie-musik yang nampak urban dan stylistik kulit-kulitan tapi kosong dari segi jiwa dan rohnya...
-Gin Jimuda-
dan ye, abang mat tora. kau nak kena sauk ke suruh Jinggal pakai protection pulak.wah.wah.
wah ginji lama x menulis....
aku tgk semua baca post ni tgk pada side band, bukan side exposure....
band aku x kisah, nak jalan, jalan lah...x nak jalan, sudah....cerita ni bukan psl band, cerita psl exposure jek...hehehehhe..tp kalau encik ginji ckp psl apa yg terbuku dihati tak dicakap yang menyebabkan kedatangan sesuatu masalah, saya setuju....tapi kalau dah dicakap pun benda sama jugak jadik, tak ada perubahan positif, balik-balik benda sama jek, tu bukan masalah tuh, tu dah kira tahap dungu lah kan dicakap tapi x dengar2...hahahaha
anyway, abg mat tora kena berjaga-jaga sebab encik ginji kurang suka dengan 'wear protection' punya statement...hahahahahahahhaha....
-neofishy 'sekarang-seorang-rapper-handalan-yo-yo-yo-cekidaut'
passion adalah lebih berharga daripada harta. =)
aku nak tengok berapa lama kau punya passion boleh tahan hahahahaa
oops lupa ginji ada pakai santet sbb tu dia kebal hahaha
Post a Comment