20 July 2016

Coup D'etat

Sejak coup d'etat Turki ramai pulak jadi tukang ulas. Macam macam analogi keluar. Cerita pelik pelik pun keluar lah masa ni. Wa pun tanak kalah la.

Wa rasa benda ni simple je nak paham. Kalau lu tolong orang susah, belakang time lu susah, tuhan tolong lu balik. Kaaannn


Kan ke tak kan??

15 September 2015

Kena Kena Beng Beng !!!!

ni wa baru balik dialog isu semasa peringkat kementerian.
kerajaan nak bagi terang kat kita ni pasal gst, pasal duit jatuh, pasal ekonomi
semua ni pasal duit la.
sebab duit ni penting, buat beli beras, beli gula, beli tepung.
tapi wa tak duduk dalam dewan tu.
wa duduk luar layan asap jerebu.
sebab wa tau kalau wa paham pun wa tetap 'kena' jugak kaaaannnnn....
kaaannnnnn.....

lacau.

tu je.

09 September 2015

SEGMEN BAHASA INGLISH


BLOOD IS THICKER THAN WATER

something that you say which means family relationships are stronger andmore important than other kinds of relationships, such as being friends Theysay blood is thicker than water, so how come so many families hate eachother?

Translasi: 

sesuatu yang anda katakan yang bermaksud hubungan keluarga lebih kuat dan lebih penting daripada lain-lain jenis hubungan, seperti menjadi rakan-rakan mereka berkata darah lebih tebal daripada air, jadi mengapa begitu banyak keluarga membenci antara satu sama lain?

Mengapa begitu?


sedangkan kita menanami kasih sayang keluarga melalui jalan-jalan kekeluargaan ini sedang orang yang tiada rumah hidup sengsara. Adapun keluarga adalah paling menyayangi kita walau kita tidak punya wang dan harta. Kawan-kawan walaupun sayang tiada masa kita sedang dalam kesusahan hanyalah ada ketika senang dan senyum. Marilah kita bergenggam tangan memupuk kasih sayang keluarga semasa hayat dikandung badan dan belum mati. Kalau kita mati mereka juga yang menanami kita dengan doa dan air mata. Yang jauh kita dekatkan yang bermusuhan kita damaikan yang bersedih kita raikan cinta. Seolah-olah kita tidak pernah bersengketa dan bermasam cuka. Hidup ini sekejap saja esok lusa kita tiada siapa yang tiada tergigit lidah bersalah cakap hingga tersakit hati. Semoga sempat memaafi kekhilafan yang tiada nampak didepan mata. Tapi hati siapa yang sedar.


Salam Aidilfitri
Sao Paulo, Brazil

07 September 2015

anime: mangan jengkol


KOTA BAHARU, 15 Julai (Bernama) — Kandungan ‘djengkolic acid’ dalam jering, sejenis buah yang dijadikan ulam, boleh merosakkan buah pinggang jika dimakan secara berlebihan, kata Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia Datuk Dr Zaki Morad Mohd Zaher.

Sumber : http://www.harian-metro-online.com/makan-jering-berlebihan-boleh-rosakkan-buah-pinggang

wah!!

ni kalau enol baca mesti dia suka lah sebab ada tulis djengkolic acid. 

nol, nol.. mangan jengkol baunya lecit. 

lecit ni macam ashem k.

02 September 2015

Sometimes I Run, Sometimes I Cry, Sometimes I'm Scared Of You

But all I really want is to hold you tight
Treat you right
Be with you day and night
Baby all I need is time


Puisi di atas dipetik dari hasil seni nukilan Britney Spears berkenaan perasaan sayang, berkenaan masa dengan hal pecah dara. Mungkin boleh dikaitkan dengan isu yang wa nak utarakan ni.


Dalam banyak-banyak benda cuma satu je wa musykil sekarang ni.

Menteri-menteri (yang jahat) sekarang ni tak takut ke KALAU kerajaan bertukar tangan?

Sebab apa yang diorang buat ni bukan ke akan makan diri diorang balik KALAU kerajaan bertukar tangan?

Don't get me wrong. Wa tak pro mana-mana. Sebab pada wa dua-dua ni lebih kurang. Politician semua sama. Yang bezakan diorang ada yang walk the talk, ada yang talk cock.


Cuma wa nak tanya tu je, KALAU negara ni bertukar tangan, tak ke lu orang kena humban penjara ke, kena pecat ke, kena buang negeri ke. Habis busuk kalau lu orang mampu (ramai yang mampu), lu lari Australia. Tapi kalau Najib lari ke Australia, bukan ke Sirul pun dah ada sana? Buatnya tiba-tiba Najib jalan pergi pasar tiba-tiba bertembung dengan Sirul, nak cakap apa? Tanya apa khabar?

Ah tapi tu hal remeh. Sebab persoalan pokoknya tetap sama. Menteri-menteri tak guna ni (bukan semua ya, BUKAN semua) tak takut ke KALAU kerajaan bertukar tangan?

Pandang Belakang La Sikit

Ingat tak bila Selangor kena ambil alih? Sama juga macam Penang. Menteri dan pembesar yang kalah tu, MASIH selamat lagi sebab BN masih kerajaan pusat. Jadi orang macam Khir Toyo tu makan kenyang-kenyang pun tak kena apa, habis kuat pun pengsan masa jogging depan rumah. Diorang masih selamat sebab pembesar utama negara MASIH pegang Malaysia.

Tapi KALAU kerajaan bertukar tangan, KALAU parti Barisan tersungkur sampai terpaksa pass obor, apa jadi dengan menteri-menteri ni semua?

Takkan nak buat macam Ezam dulu mula-mula berdegar-degar hentam kerajaan lepas tu masuk UMNO tukar skrip pulak hentam Anwar. Sekarang taktau apa cerita dia.

Tapi sebenarnya kan..





Sebenarnya persoalan yang wa nak tanya, bukan bila kerajaan bertukar tangan tapi sebenarnya lebih kepada bila dunia dah sampai hari perhitungan.

Diorang ni tak takut Allah s.w.t ke?


03 August 2015

Kutu 4.0

berita semalam tunjuk ramai kutu2 berahak kena tangkap dengan polis sebab perhimpunan haram. syabas polis2 muda harapan malaysia sebab tangkap kutu2 ni. thumbs up

mungkin awak polis2 muda ni tak sedar yang kutu2 berahak ni berhimpun mewakili suara makbapak awak kat kampung nun, mana pergi duit mereka? DS Najib guna kewww??

tu ajewww...



saya tak pegi la perhimpunan macam ni. panas, berasak-asak, ketiak masam.

tapi kalau ada penyeri macam ni saya sanggup kena tangkap lah. suwerrr



28 July 2015

Jemu yang terpaksa

(belasungkawa Allahyarham Azizi Abdullah)

Jarang menyinggah blog politik. Malas baca panjang22222222222.
Baca sampai 15 perenggan cerita siapa paling Islam dekat malaysia ni memang makan kuota internet lah I tell you. Habis, sapa nak jaga group FB Kancil Takde Air Cond tu. Unta

Kita kalau nak bangunkan group ni memang banyak dia punya mehnah. Tau tak mehnah tu apa??... Anak Wak Kasim Boyan tu Mehnah jugak nama dia tapi bukan tu. Mehnah ni.....hmmmmm...Google la. Jangan malas. Ingatlah pesan Allahyarham Azizi Abdullah '... janganlah bebal. Mari tenangkan emosi..'.
Google.

'Mencari kebenaran atas kebenaran..
Dari adat lembaga kezaliman...
Kemusnahan
Kehancuran...

Ramli Sarip.
Iqra.
2000.

Memang kita dituntut mencari kebenaran. Dan kita berada dalam Group yang benar. Paling benar. Takkan lah ada yang lebih benar dari kita. Kan.

Eh kalau tak suka dengan group sekarang kita boleh buat group baru apa?. Group baru, admin baru, ahli baru. Dalam tu kita boleh duduk, terlentang, terkangkang takde sapa marah. Cuma bagaimana kita menyantuni kumpulan yang kita tinggalkan itu menjadi soal. Mantan kawan-kawan itu lah yang dulu sama-sama dengan kita panjat tiang, pacak bendera bangunkan group ni. Masa kamcheng kita kata ni Blood kita. Lu langsi lu mati. Kita sanggup libas parang depan khadi kalau dia tak dapat berbini dua.

Tapi lepas bercerai ni, tak elok kita cerita pada orang lain kelemahan bekas pasangan kita. Lebih-lebih lagi kelemahan tenaga batin. Itu secret.

Kalau orang dah tak suka, perlu ke kita bengang (atau bengong). Takyah la. Rilek brader, brader rilek. Pujuk orang untuk suka kita ni kerja pondan. Tapi, untuk yakinkan pengikut, kita dipihak yang benar patut kita bagi A kat dia. Kena hujah. Kena ada substance. Kekal dengan posisi.

Ini proses. Proses mematangkan sesuatu kumpulan/organisasi/tamadun. Mari kita lihat dari sudut positif. Kena bersangka baik dengan keputusan tuhan. Ini proses tapisan. Allah nak tapis siapa yang betul ikhlas dalam perjuangan ni. Yang tinggal inilah yang terpilih untuk meneruskan misi dan visi kumpulan itu. Ambil Santan. Hampas kita buang. Bukan kita punya kerja. Itu urusan Allah.

Satu benda yang kita kena muhasabah balik. Apa nawaitu kita masa mula-mula kita masuk dalam kumpulan itu. Dulu masa belajar, study group, join group yang ada gadis-gadis berdahi licin. Barulah ada semangat belajar. Takkan lah join group memperjuangkan Islam pun nawaitu cikai-cikai jugak. Sebab tu dalam banyak keadaan, kita disuruh untuk betulkan niat. Betulkan niat. Back to the point of departure. Pehhhhh.... Google punya penangan.

dipetik dari
Lanjau Sepanjang Jalan
A.Samad Salleh


24 October 2013

suratan takdir

kehadapan psrartarwik

berat untuk saya luahkan apa yang saya rasa sekarang.

saya fikir masalah akan timbul bila kita tubuhkan band, terdapat seorang gemok dalam band tu.

silap.....

buat apa pun kalau ada budak gemok memang bermasalah.

buktinya  

blog ini.

sekian.

yang benar,

tirtrbhohth