02 November 2009

SUNGGUH URBAN

Minggu lepas aku gi KL. Ada urusan keluarga yang perlu diuruskan. Wife aku dapat kerja kat Putrajaya, keja dengan gomen....so lepas nih aku kalau nak kutuk gomen kena cover-cover sikit, kang merajuk lak wife aku. Lama jugak aku tak ke KL. Suasana KL tetap macam tu jugak. Tak berubah. Still lagi taxi driver sama jugak perangai, kurang ajar seperti biasa.

Satu malam tu, aku tergerak nak jumpa kawan lama aku, Taja yang sekarang dah menjadi warga urban kat KL. Aku tak pasti la tempat lain selain KL tu urban gak ke tak. Yang aku tau, kat KL memang banyak disko. Satu pun aku tak penah jejak. Paling kuat pun kat Life Centre (sekarang Ruums), tu pun setakat tengok gig. Aku tak pernah jejak disko tu bukan sebab aku ni baik sangat, tapi memandangkan nak masuk setakat minum-minum coke, bayar sampai sekali masuk 70-80 ringgit, pastu duk tercongok, baik tak yah. Baik aku tengok konsert Search yang terbarai masa kat Bukit Kiara hari tuh.

Aku punya susah nak jumpa si Taja nih sampaikan banyak malam jugak terlepas nak jumpa dia samada aku tertido atau pun dia ada hal. Dia memang bisnesman yang berjaya, so time dia very limited. Plan punya plan, malam teakhir aku kat KL, si Taja ni ada masa nak jumpa aku. Dia suruh fetched dia sebab keta dia masuk workshop. So aku tak banyak cerita, lepas tido kan Akid, dengan sepantas kilat bawak Toyota KE 30 aku menuju ke area KLCC.

Sampai kat area yang dimaksudkan, dia suruh aku tunggu. Dalam hati aku takut gak kot-kot gaurd marah aku parking depan apartment yang nampak macam mahal dengan nama yang sungguh omputih iaitu Marc Residence. Tunggu lebih kurang 15 minit, Taja turun. Tetap macam dulu, tetap hensem mamat nih.

Salam lebih kurang, dia suggest laluan ke area belakang KLCC. Kitaorang lepak minum kat kedai mamak Lotus yang terkenal tuh. Aku dah rasa macam urban gila aku hari tuh. Yelah, lepak belakang KLCC beb, bukan calang-calang urban tuh. Nasib baik si Taja nih simple orangnya. Dalam pada kitaorang duduk tuh, sekali satu kumpulan yang macam artis keluar dari Lotus tuh. Yang aku nampak memang semua artis, macam Yanie dan paling hot giler ialah Watie Elite....perghhh....wa rasa malam tuh memang wa betul-betul urban...urban nak mampus sebab terjumpa artis. Hot plaknya tuh. Pastu lepak kat Lotus, dekat dengan KLCC, lagi lah perasaan urban aku tuh mencanak-canak.

Tengah sibuk kitaorang cuci mata tengok artis, pelayan kat kedai mamak Lotus tu start amik order.

"Teh O Halia besar satu," Taja order.

"Boss?", tanya mamak tuh.

Aku tengah pikir minuman yang agak urban, bersesuaian dengan tempat lepak dan jugak suasana kat sana ketika tu.

"Errrr.....sirap satu!"

Macam nak luluh Taja dengar aku order.




APA? SIRAP TAK STANDARD KE?

01 November 2009

P ASS P

Ni psp dah start nak mengada ngada, game latest latest semua dah tak boleh main, nak kena upgrade cfw la kena mod la, gua malas nak kasik duit dekat apek kedai game holidayplaza dah tentu gua kena paw cukup cukup dgn apek tu, drp gua kasik dia duit baik gua diy, tapi ntah apa merepek punya diy gua ikut lagi pagi tadi psp gua takboleh boleh jugak tukar cfw!!!pundek betul la punya diy!!!


*nota tapak kaki*

PSP=playstation portable
CFW=custom firmware
DIY=do it yourself
MOD=modify

28 October 2009

OREN SEDAP SEDAP



Desas desus mengatakan budak hatko ptyani nak sambar benda ni sebijik, dia nak sambar cara helang atau cara ikan pelaga itu kita takdapat pastikan lagi. Apa apa pun gua doakan niat dia dimakbulkan sebab ada harapan gua nak pandu uji sedas!!

CEPAT ATAU MATI



Gua baru habis mentelaah discography iron maiden, selalunya gua dengar lagu lagu the best of diorang je, tapi kali ni gua dengar track by track setiap album daripada versi studio membawak kepada versi live. Apa yang dapat gua rumuskan disini selain daripada telinga gua yang dah pijar ni ialah:

Iron maiden ni sampai album fear of the dark je yang best, album album selepas tu dah macam dengar killswitch enggage, lagu sama je ulang ulang. NOKTAH.



"yeah bebeh, fear of the dark macam wings awie kurus. Bila awie gemukz dia jerit dah mcm cannibal corpse. Moralnya, band kalau lama sangat dia lemau. Diorang patut masa konsert fear of the dark dah bagitau nak split, baru legend!"

Sms drp Qarmadickinsen

26 October 2009

ULANG ULANG ALIK




Ruangan R.B.J @ Remaja Bersama Jono


Hai abang jono,

Saya ada sedikit luahan yang ingin saya luah kan kepada RBJ. Saya ada teman lelaki, kami dah berkawan secara serius selama 5tahun, akibat daripada keseriusan berkawan tersebut kami telah terlanjur beberapa kali(tak ingat berapa kali), kalah orang yang sudah berkahwin diapunya telanjur, mula mula saya menolak tapi lama lama saya menarik pulak, kerana sayang saya turutkan, saya takut kehilangan dia, saya cinta banget sama dia.
Teman lelaki saya ni panas baran macam john cena, habis semua barang dia nak pecahkan nak ditendang, kuat cemburu tak tentu hala, asal gaduh je saya yang jadi mangsa, patah riuk saya kena belasah, kalau takdapat belasah saya kucing saya yang bernama tomok tu yang menjadi mangsa. Saya jadi takut tapi saya tak berani nak mengadu kepada kawan kawan apatah lagi pihak polis sebab saya ada waran tangkap takbayar saman trafik yang menjangkau ribuan ringgit semua gara gara pemanduan ala drift teman lelaki saya.
Saya dah berhabis banyak duit dekat teman lelaki saya, kereta, condo, topap handpon semua saya taja, last last saya yang pokai, kereta pun dah nak kena tarik, rumah pun nak kena lelong, handpon dah lama takde kredit susah lah saya nak sms sehati berdansa saya harap enot jadi juara tahun ni.
Tiap kali saya ajak dia menikah dia mesti merajuk taknak nikah dengan saya, saya tak boleh la tengok orang merajuk mesti saya nak pujuk. Saya kadang kala pun tak paham la, adakah saya salah pilih pasangan hidup atau saya patut kawen dengan matbangla.
Tolong ye RBJ selesaikan masalah saya ni. Oops saya hampir terlupa, kaki saya berbau busuk macam pusat kumbahan indah water, semua orang benci duduk dekat dgn saya, tolong berikan petua untuk masalah saya ini ye.

Rokiah Drift, Gadis Runsing Saleng Senai…



------------------------------------------------------------------------------------



Gua dah lama perhatikan soalan soalan tahap bingai ni bila membaca ruangan surat pembaca majalah mangga, urtv, remaja, metro, kereta. Diapunya setting cerita mesti sama je kena tipu, telanjur, cinta abadi, masalah kesihatan dan lain lain.
Rasanya ruangan surat pembaca ni dah lama wujud sebelum gua lahir lagi, tapi diapunya masalah tetap sama je berulang ulang Kalau gua terbaca mesti nak berdekah, simpati memang jauh sekali la.
Kadang kadang gua terfikir yang surat pembaca ni macam sengaja di “ada ada kan” oleh pihak majalah untuk melariskan jualan, takkan la diorang taknampak benda yang sama ditanya kan kan.
Apa apa pun jawapan sebenarnya ada pada diri kita sendiri, antara kita hendak atau tidak mencari jawapan tersebut. SEKIAN

25 October 2009

NUMBER OF THE BEAST




Sedang gua melepak lepak depan PC mendownload lagu membabi buta dengan jari kelingking di dalam lubang hidung gua tiba tiba teringat sekotak donat yang gua baru beli 3jam sebelumnya masih belum gua jamah, tanpa melengahkan masa gua capai sebijik donat berperisa coklat luar dan dalam terus dikunyah tanpa memikirkan hari esok, setelah habis dijilat cebisan cebisan coklat yg lekit melekat dijari gua sekali lagi teringat akan pesanan cekgu tadika gua dahulu 'sebelum makan basuh tangan dahulu' GULP!
Coklat jenama apa la sipembuat donat ni pakai..... SEKIAN

ALBUM HAWT!! : SEHATI BERDANCING

Slayer - World Painted Blood (2009)


Fu Manchu - Signs Of Infinite Power (2009)


Ok gua kasi rebiu ini 2album secara remix,

Rilis of the year!!! Memang power gua cakap lu, ni bukan main main tau! Lama gua tunggu rilis ni, gua harap piring hitam yg gua order akan sampai dalam bentuk piring bukan dalam bentuk serpihan piring. Sekian.

LINK KLIK COMMENT BOX

21 October 2009

KEDAI RUNCIT MAIDIN



Gua apa merepek ntah arini drp pagi layan iron maiden, naik pijar telinga. Yang pasti suara gua lagi power drp brader youtube ni. Sekian...