18 April 2010

KOTAK







Patut la harga seribu lebih dah bole dpt, kotak dia dah mcm kotak beli gitar kapok pun ada!!! Jadahh!!!

17 April 2010

16 April 2010

IMAGINASI SI AKID



Satu hari, masa Akid tengah tengok TV cerita Ben 10 (cerita biasa Akid kalau tak Ben 10, mesti Ultraman Tiga+Seven+Mebius+Cosmos+Dyna, atau Tom & Jerry, ataupun Super Robot Monkey), tiba-tiba tangan dia bergerak-gerak sambil mulutnya kumat kamit bunyi sound efek.

Macam pelik, ibu pun tanya, "Akid buat apa tuh?"

Selamba dia cakap, "Akid tengah main game PS2....nanti ayah nak beli PS2!"

Wa tersentak seraya terus terbatuk hampir 2 minit.

Abis batuk, wa riki dompet.

"Nak beli gasing pun tak lepas," kata wa, sambil waving RM 2 kat depan muka ibu Akid.

Akid masih terus gerak-gerak kan tangan, sambil bunyi sound efek macam perang Star Wars lagaknya.


MUHAMMAD AKID ANAQI DENGAN POSE ULTRAMAN NYA

NYANYI : MAAFKAN KAMI, MAAFKAN KAMI...MAAF KAN KAMI

Wa dah tersalah adjust blog nih....sekarang wa tengah hubungi Bill Gates untuk new templates dan outline blog nih...lepas nih blog nih akan jadi lawa mcm Air Asia punya homepage, paling cikai pun macam webpage MLM....so, stay tuned!

P/S : Tora jangan nak kecoh bagi komen jahat2 plak...lu pun lebih kurang wa apa bahagian IT nih....Cik Qarma jangan kipas2 Tora....dia bukan ada bagi duit pun, singgit pun berkira

14 April 2010

ADABI FOREVER

Ada satu tahun tu mak gua kena outstation melawat sedara sakit, jadi gua dua beradik kena diy uruskan diri sendiri barang sehari dua.

Punya lah seronotnya bila mak gua takde dekat rumah, gua bangun tido sedap sedap nak masuk time makan tengahari, gua jalan keluar rumah menuju arah jembatan, gua riki air parit, diapunya air mmg dan sedap paras dada kalau terjun. Gua capai basikal terus kayuh ke port mandi manda. Budak budak dah ramai, apalagi gua kasi berendam sampai kecut, kalau maam besar ada dkt rumah setengah jam je gua berani berendam, kalau lebih mau birat betis kena libas dgn tali pinggang. Ini hari gua jadik king of the kong, time air dah nak surut baru gua naik.

Habis berendam gua terus kerumah samsani, belakang rumah dia ada banyak pokok getah. Wa lepak sana carik bijik getah, gua menyusur parit kecik carik lubuk ikan laga.

Habis tangkap ikan laga dan kutip bijik getah wa terus ke rumah rudy, bapak dia seorang pandai kayu, kalau bab bab seni pertukangan ni mmg bapak dia champion. Bapak dia ada set alat gergaji letrik siap dengan ketam kayu sekali. Memang cool benda tu. Gua kasi rudy sekeping papan yg gua dah lukis bentuk senapang patah, bila potong pakai gergaji letrik ni dia punya hasil pemotongan mmg cantik dan tepat, gua memang cukup puas hati, selalu gua buat senapang kayu potong pakai parang pendek, potong punya potong bukan jadik senapang tapi jadik sudip!

Siap senapang gua terus balik rumah, minum air oren sunkist, makan biskut mery, gua selak tudung saji ada lauk pinggan kosong, terbaik!! Perut dah lapo, gua kasi tanak nasik 1pot, mak gua pesan kalau lapo masak nasik goreng telor dengan kicap. Tapi hari ni tekak gua terasa nak makan nasik goreng, bab nak menumbuk lada mmg gua malas, gua capai duit atas peti ais, gua kasi kayuh basikal pegi kedai. Gua beli benda ni:



Perencah nasik goreng adabi. Gua tengok diapunya iklan dlm tv mcm senang je nak masak, siap nyanyi nyanyi lagi.

Gua letak kuali atas dapur minyak tanah, gua gores mancis kasi keluar api nak nayalakan sumbu dapur, api gua tune sedap sedap jgn besar sangat nnt nasik gosong pulak.
Gua baca instruction belakang peket perencah, minyak masak 2sudu besar, bila kuali dah sedap sedap panas gua masukkan perencah, gua kacau pelan pelan kasik sebati, bau harum pun naik, gua masuk kan nasi putih satu pinggan, gua kacau lagi kasik sebati perencah dgn nasik, mengikut pandangan gua lah dia punya kaler mmg sama mcm nasik goreng beli dekat kedai, dia punya bau mmg best, kembang kempis lobang hidung gua.
Gua amik pinggan arcopal dlm gerobok cermin, sekali sekala nak jugak merasa makan dlm pinggan mahal, ni asek asek guna pinggan free beli ubat gigi darkie.
Gua tuang pelan pelan nasik kedlm pinggan, gua tak risau nasik tumpah tapi gua risau pinggan mahal pecah, karang tak pasal pasal gua kena libas dgn tali pinggang buckle.
Ada mcm tak kena ni, gua tenung gerobok cermin, makan nasik goreng pinggan arcopal sudu garfu mesti la nak yang tembaga, baru la sama mcm dlm rancangan memasak bjkadir.

Gua kasi sudu penuh penuh nasik dan suap kan kedalam mulut, gua kunyah 3 kali kasi sebati, lepas tu telan pelan pelan….pehhhhh……….dia punya rasa!!!!!!!!! Ya ampun!!!!! Sedapnya!!!!!!!! Mcm senang gitu!!!!!!!! Penontonnnnnnnnnnnnnn!!!!! Dah mcm makan pasir!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Gua letak nasik goreng bawah tudung saji khas untuk adik gua. Gua jalan kebelakang rumah menuju reban ayam riki telor ayam barang sebijik dua.SEKIAN

12 April 2010

GERBANGAN



Pehh kalau gua dapat pisau yg jaei pegang tu, boleh gua belagak time rewang potong bawang dgn nenas rumah org kawen kat kampong nanti!!

09 April 2010

Kapasiti



Lu orang bagi idea macamana nak "mempelangikan" blog ni.

Gua dah bosan dengan layout ni

.......................................................

Gua bersuara atas kapasiti seorang admin blog ni.

Apa pandang-pandang???? (sambil menghentak meja)

07 April 2010

AIR DICINCANG TAK AKAN PUTUS : sebuah cerita fiksyen pendek

Ada 3beradik: Ijan @ along, bermain bass gitar, Enol @ angah, bermain dram, Rusdi @ acik bermain lead gitar merangkap penyanyi utama Muzik menjadi kegemaran mereka setiap hari. Akibat frust tidak dpt masuk AF mereka telah menggambil keputusan menubuhkan sebuah kugiran rancak yg bernama silverfat. Mereka mengeluarkan album pertama bertajuk never you mind telah meletup diseluruh malaya dan afrika. Akibat populariti yg teramat sangat rusdi tidak dapat menanggung beban diri dan selaku jurucakap utama band. Beliau mengambil keputusan drastik membunuh diri dengan cara melemaskan diri didlm baldi berisi air. Namun begitu usaha rusdi membunuh diri terbantut di tengah jalan kerana kebodohan beliau melemaskan diri ditengah jalan raya dan akibatnya beliau dilanggar kereta rx7 kepunyaan anak usop haslam yang sedang bersukan drift. Rusdi dimasukkan kehospital akibat cedera teruk dan doktor mengesahkan beliau koma utk jangkamasa yang lama. Band silverfat sudah patah kaki, ini telah menyebabkan enol menubuhkan band baru dimana beliau telah bertukar posisi bermain gitar utama dan merangkap sbg penyanyi. Band beliau dikenali sebangai foo lighters. Sungguh tidak disangka band foo lighters menjadi kegilaan remaja remaja gila dan makcik makcik felda. Enol telah diiktiraf sebagai gitaris terbaik machap. Ijan pula dilaporkan menjinakkan diri dengan scene politik dan telah menubuhkan parti sirap yang amat popular sekitar yongpeng dan linau kecil. Sekali lagi tidak disangka, rusdi yg koma telah tersedar semula dari koma, beliau telah menubuhkan band baru bernama acik spin dan terkenal dengan lagu yg bertajuk bola bola hati dan telah menjalinkan hubungan cinta dengan awek bernama nana. SEKIAN


Cerita ini ditaip secara turbo dan secara suka hati.


P/s mcm gampang punya cerita!!!