28 September 2011

NIRWANA



Gua selongkar stor, selak punya selak gua jumpa cd boxset single Nirvana. Lama dah gua beli ni, seingat gua masa wa duduk taman rinting dulu, dekat sebuah kedai keset deret kedai nombor dgn tokong dkt pekan masai.

Gua rasa kedai tu dah tutup kot, lama jugak gua tak turun masai ni, kalau gua turun pun sebab nak makan nasik padang kedai seberang jalan depan tokong tu sebelah klinik kalau gua tak silap.
Nasik padang dia mmg mantap dan anak makcik yg meniaga tu pun mantap jugak, tu yg kekadang sedap meriki anak makcik tu sampai gua amek lauk harga sampai 11hengget kah kah kah

Tapi gua bukan nak cerita pasal pekan masai, gua nak cerita pasal band kegemaran gua Nirvana. Diaorang ada merilis album Nirvana Nevermind 20th anniversary special edition. Dimana dlm album tersebut ada album nevermind yg telah di remastered, versi studio demo session, mixing asal butch vig, dvd, unreleased song dan rekoding live.

Sebagai peminat setia gua dah download full album ni kah kah kah gua nak beli yg ori rabak jugak wa tgk dkt HMV. Tapi gua mesti beli!mesti!


NOTAPAKAKI:


Konsert Nirvana live at Paramount ni pada gua lah kan lagi best drp konsert live at Reading 92' tu.

25 September 2011

PEMBURU



Ok band kegemaran gua dah rilis album terbaru!! Sedap dan mantap walaupun ada ciri pop sket, ahhhh hell with that!!!




NOTAPAKAKI:

Tahukah anda yg gua tak pernah beli cd ori mastodon walaupun gua ni peminat setia kah kah kah kah

Ku ku ku ku ku

Ko sokong dia as an expression of free speech. Aku banned dia bkn sbb politics, aku banned dia sbb dia hina agama aku. Kalu bukan aku yg backing agama aku, sapa lagi? Hitler? Jadah!

22 September 2011

Blogger on IPhone or IPod Touch

Aku baru muat turun apps ni. Ringkas tapi mudah terutama sekali bila berada di luar rumah. Apa-apa yang tiba-tiba terlintas dalam kepala hotak aku, bolehlah aku terus publish dari gadget aku. Tambahan lagi, ia boleh terus snap gambor dan masukkan sekali bagi merencahkan lagi cerita.
Tertakluk kepada kerajinan aku menulislaa. Hahahaa.....

13 September 2011

RETAK



Gua bukak bukak blog ni dh jadi lain, yg gua tak boleh blah nama wa dkt posting takde!! watdehell!!!

NOTAPAKAKI:

Brader neofishy kalau dah salah tu sila lah betulkan, kalau gua ada 2juta ringget gua dah upah budak IT yg buat FB tourism m'sia tu puihhhh

jadah lupa pulak nak letak nama!!


DITAIP MENGGUNAKAN TAPAKAKI TORA CORGAN

SETIAP MANUSIA ADA KESALAHAN MASING-MASING

Template baru mmg rumaja, tp watdehel takde nama sapa yang post nih?

So pada smua penulis jalanjenang, sila letak nama atas post anda...berbangga lah dengan nama anda yang unik, kiut, macho, ensem dan menarik itu....errrr, kira dh selamat hari raya maaf zahir batin la ni kan?

- Shah Jazley @ Neofishy

TEMPELENG (TEMPLATE) BARU LAGI

Baru macam rumaja-rumaja sikit kan? Bladihel macam rumaja konon Tora nih....jadah!

06 September 2011

RED HOT CHILI PODAH

Spt yg telah diketahui RHCP telah meriliskan album terbaru bertajuk I'm With You. Gua dah dengo album ni dan telah menonton konsert live album ini juga.

Pada pendapat gua lah kan bassline Flea yg power tu menjadi penyelamat album ini, budak gitaris baru Josh tu main gitar ntah apa merepek harapkan bunyik efek je lebeh.

Budak ni seken gitar utk RHCP masa perform live, jadik dia ada lah sket gaya John Fruciante tu, harap gaya je la, tp dlm album ni dia taknak buat yg betul sbg pemain gitar, gua rasa album ni semua lagu dah siap masa John Fruciante belum quit. Diorg just buang guitar works John kasik paste guitar works Josh. Kalau John yg main gitar sure meletop semua lagu ni dgn style guitar dia.

So anyway and lastly, gua mcm biasa download je album ni beli yg ori mmg TAK la kah kah kah


NOTAPAKAKI:

Album RHCP yg paling gua minat ialah album One Hot Minute, Dave Navarro rules!!!!

05 September 2011

SOLE TO SQUEEZE

Dalam entri yg lepas gua ada menyatakan masa umur gua 30sen baru gua merasa pakai kasut jenama Vans, sebegitu jugak dgn kasut jenama Dr Martens. So dlm tahun tahun sebelum tu gua banyak pakai selipar tat sing, kasut converse, Bata, pallas dan Asadi.

Kasut jenama DocMart ni mmg dah lama gua mengidam sejak jaman Pang tengah menaik tahun 90an dulu. Gua paling minat model hi cut eyelet sampai paras lutut tu pehhh kalau turun summit parade rasa jalan mcm kuda.

Tapi kalau pakai pergi beraya atau marhaban mmg kurang sesuai sbb bila nak masuk rumah orang kena buka kasut tu mmg leceh kena longgarkan semua tali baru boleh keluarkan kaki, sure makan masa, orang dah start makan gua tak habis lagi bukak kasut. Bila nak pakai balik pun satu hal lagi.

Kasut DocMart pertama gua beli dkt Spore, model Wayne. Kalau ikut kan hati gua nak beli yg ada gambo union jack tu tapi nampak mcm tak senonoh sbb gua pakai kasut ni buat pergi opis.

Bercerita pasal kasut kerja ni, setahun sekali gua sure tukar kasut baru sbb jangka hayat kasut yg gua pakai ni boleh bertahan hanya selama setahun sahaja, kalau lebih drp tu mmg merasa ibu jari kaki gua terjuih drp depan kasut tak pun sebelah ada tapak sebelah lagi takde tapak.

Pernah satu tahun tu gua konon konon nak support jenama Malaysia, so gua beli sebijik kasut jenama Bata, sepanjang 3bulan gua pakai kasut tu ayat haram jadah mmg tak pernah putus gua ucapkan bila pakai kasut tu mana tak nya seminggu pakai alas dlm kasut dah tercabut, tapak terkopak jgn cerita lahh, sampai brader tukang kasut tu ckp gua ni ada isim Hulk.

Kaki gua ni berkonsepkan dempak bukan luncup ala kaki cinderela maka agak sukar nak carik kasut yg betul betul fit. Gua tgk byk kedai kasut yg jual kasut cutting mcm nak pergi clubbing, runcing runcing je, mcm kasut Aladdin pun ada gua tgk.
Kasut jenama Hush puppies selalunya menjadi pilihan gua, sedap di pakai dan fit dgn kaki gua tapi harga dia mmg sedap jugak. Sbb tu bila dpt bonus hujung tahun baru boleh beli kasut ni kah kah kah.

Berbalik pada cerita kasut DocMart, bila gua test pakai gua rasa sungguh hepi sgt sbb fit dgn kaki gua. Dia punya design gua tak pikir sgt janji sedap mata memandang. Harga dia pun lebih kurang mcm harga Hush puppies.

Dah setahun lebih jugak gua pakai DocMart ni, masih tak menunjukkan tanda tanda tapak nak tercabut Cuma kelemahan dia kalau time hujan kalau gua tersilap langkah air cepat tembus masuk kedalam kasut. Mungkin kasut ni sesuai utk cuaca sejuk dan bersalji bukan tempat berair.

Owwhh mungkin gua kena beli model yg true Made in England kot, kalau buat berenang sure tak masuk air kah kah kah SEKIAN


NOTAPAKAKI:

Sila tonton art membuat kasut DocMart di sini.

04 September 2011

ABDUL WAHUB DAN BANGSI AJAIB part 8




Gua dah lama carik apa jenama gitar yg abdul wahub pakai(sila ke minit ke 1:19) dalam cerita Tiga abdul ni. Wa main tikam je ni hahahaaa, dan mengikut pandangan mata gua yakin gitar tu berjenama Hohner.



Gambo di cegot dari blog ni

Kalau diperhatikan betul betul headstocknya dan bentuk bodynya memang sama, cuma beza pada tone knob dan pickguard, wa rasa mungkin model yg berlainan.


NOTAPAKAKI:

Gua pun ada sejibik gitar jenama Hohner ni:



tapi kalau ada sesiapa nak trade dgn gitar mcm abdul wahub pakai tu apa salahnya lagi gua mengalu alu kan kah kah kah