28 February 2010

SCENE REPORT: PANAS!!!!



Wa baru balik drp BP, diapunya panas pukul 5petang matahari dah mcm pukul 1 tengahari, Behringer suck! Terima kasih.Sekian.

27 February 2010

KEMAHUAN YANG SPECIAL



Aisehmen diorang comfirm perform dkt live centre 16 march ni, aisehmen duit pun tarak demm demm!!!!!!!!!!!

25 February 2010

LAGU TUNE UNTUK MU



Aisehmen alangkan roksta pun tune lari inikan pula budak hatko sungai ayam kan kan

psst penuh perasaan seh brader yg main kibod tu, ntah apa note lah yang dia tekan agaknya ehhh

24 February 2010

MARAH



Punya la ganas diorang perform crowd cuma diri tegak macam kayu je, tak patut ini macam ingat ni band cokia ke!!

HP 2133 Mini-Note PC

Hello
Thanks for getting back to me as soon as possible, i want you to know
that i am willing to buy this item urgently for my son who is in west Africa
in (Nigeria) for my son as gift, so i am ready to pay you,so let make it
snappy, i want you to make inquire with the shipment fee through Ems express
to my son address below.

Here is the address

Name.....Nicolas Franco
Address...No 23 Anfani street Ring Road
City...Ibadan
State..Oyo
Country..Nigeria
Zip code..23402
Telephone number..2347059595400


kindly get back to me with the total cost of the item and shipment cost
through Ems to my son and also get back to me with your full bank
information or PayPal Email so that i can pay the money to your account..i
will be waiting for your response soon.

Bank Information

Bank Name...
Account Name...
Account Number...
Iban.....
Swift code......

OR

PayPal Email......

Greetings

Thomas

My Number +447011148593


.......................................................

Amacam beb?? Nak hantar ke notebook gua siap dengan no. account bank pegi Nigeria???
Gua yakin dia bank in duit dalam account wa malam ni jugak....

23 February 2010

PROTES



Haa kalau nak buat riff mcm brader ni buat la, baru la seronok sket wa nak nyanyi apa!

IKLAN

Wa dah try macam-macam....Nuffnang, Adsense, pe semua kejadah iklan lah nak kasi masuk dlm ini jalan jenang...tapi 1 hapah pun x leh guna....ada sesapa bleh membantu...?

....alah, wa pun nak merasa pakai Jazz, lu orang tak nak sudah lah.

18 February 2010

Dipenjara Janji 4.11w

Isnin, Warung Zam, kurang lebih 9.30 pagi waktu Zimbabwe. Rusdi datang warung Zam. Rare. Nak sebut nama dia pun rasa macam makan buah zaitun orang bawak dari Mekah. Mee dah habis. Dulang dah cuci. Baru lepak 10 minit. Blood KL datang. Abang Absence. Pergghhh, jejak kasih, blood jumpa blood beb. Aku pasti akan ada adegan peluk cium hari ni. Tapi, ku sangka panas hingga ke petang.... Belum sempat aku snap gambar mereka, Rusdi dah mengundurkan diri. Tapi aku sempat merakam kenangan manis dua keluarga. Aku perati pengantin baru ni gugu gaga anak Neofishy. Dari riak wajah Absence dengan Tini, malam tu mesti mereka berusaha dengan lebih gigih. There will be 'no absence' tonight....


Rabu, Depan tv, 9.15 pagi waktu Yellowstone. Aku bangun. Terkebil-kebil gosok mata. Taik mata dah sangat kering. Cuaca sekarang panas. Masuk berita apa. Hari ni Zam tak mintak jasa baik aku tolong dekat warung. Apa ada dekat dapur? Mee siam kuah. Ni pesen Singapore. Ada kuah. Aku baham satu pinggan. Ada orang nak suruh snap gambar macamana mee siam kuah. Rupa dia. Aku "terpaksa" baham lagi satu pinggan. Terpaksa rela.

Balik JB. Aku ingat kena gerak awal la. Siap-siap zohor aku terush pack baju. 'Mak, nak balik dah'. 'Ai, awal'. Hari ni tak ada supir. Aku naik bas. Duduk port gangster sekolah. Seat macam nak roboh. Tora dengan Neofishy mesti dah 23 tahun tak naik bas. Itu Abang 23 pulak mesti dah 19 tahun tak naik bas.
Enol was here. Bohsia Unta 012765**90. Cikgu Osman bodoh.

Sampai basten, bas paling laju, driver hisap rokok, bas paling cepat pukul 6. Ada 2 jam lagi. Sual. Ingat ni KLCC ke boleh jalan-jalan 2 jam. Mana lagi? Odeon la. Kak Ani. Kena teh. Tapi baju Jep hari ni betul-betul mengimbau kenangan masa Tora dengan Dozo masih pasangan bahagia. Aku ingat itu sunglass Tora pun salah eja jugak. Kurt Kobian

Tamat 2 jam. Seat bas ada 44. Nombor seat aku 45. Aku dah standby nak kena tendang keluar bas. Sampai Jalan Kluang aku snap satu gambar. Aku baru berapa jam lepas tengok AFC, License to Grill. Itu haiwan dia marinate la bro. Dia punya kulit pink kalau grill lama sikit boleh crispy tau

Apa lagi? Bas pergi JB mana driver pernah bukak tv lagi sekarang?? Mimpi ka?

16 February 2010

SCENE REPORT: dari tiram hingga kota



Tadi pagi gua pegi mandi manda di air terjun kota tinggi, kali terakhir gua kesana masa gua sekolah rendah. Gua ni mana lah suka jalan jalan sangat, masa gua bujang dulu gua banyak menghabiskan masa carik dvd dan lepak dgn bdk hatko ptyani je.

Tiram gua lalu tadi dah mcm zon perang, sebesar besar tiang diorang pacak tengah jalan, nak melintas jalan pun dah mcm nak menghantar nyawa, gua harap bastend tiram lepas ni dinaik taraf sama standed basten larkin.

Gua sampai waterfall awal, orang pun tak ramai lagi, masuk kena bayo rm10 dewasa, kanak kanak rm 5, yg buat gua panas kereta masuk pun nak kena rm5, parking open panas!!

Tak banyak beza, ingatkan masuk bayo dah sama standed sunway lagoon, rupanya ada lah satu gelungsur air hidup segan mati tak mau.

Cuaca panas, air yang terjun pun bajet bajet je dia bagi, merasa jugak la skil kuak badak gua tunjukkan pada anak gua tadi.

Hot moms....nice....

15 February 2010

MELAWAN MESIN





Gua baru balik drp giant, lampin anak saiz besar, 1 kotak susu anak jenama mahal, LC135 roadtax insuran dah mati bulan 10, tiba tiba disatu selekoh tajam jalan potong taman molek brader polis dan roadblok nya sedang menanti gua...... apa gila gua nak berhenti!!!

Yeah fak the law!!!!

Nasib baik skill randy mamola gua menjadik harini, kalau tak sedap jugak gua baring dalam longkang.SEKIAN.

ANGPAU LAI LAI part 2

13 February 2010

SEKBEN KAPAK



Wa kalau rambut dah panjang sekben kapak sambung ke misai wa ingat nak buat band mcm ni lah, owhh tak lupa baju petak petak.

11 February 2010

KENAPA AKU TAK TAHU part 1



Kenapa aku tak tahu 2band metal power BP keluar compilation ni?? Why? Why? Brader dozo why u so secret to me?? I thought we best fren what!!

KLIK

10 February 2010

Bila lihat wajahnya, mengimbau tentang wayang dan burger king




Cerita bab muka ni, wa nak lu orang sentap sikit kepala otak lu orang. Perati betul-betul muka mamat ni. Kaji dia punya dahi, rambut dengan susuk pipi. Guna imajinasi lu, tambahkan sedikit berat badan dia dan pakaikan cermin mata. Lu orang ingat-ingat la, dulu ada sorang mamat Batu Pahat muka sejibik macam ni. Lu orang hantar kan sms. Taip JE- jarak -RAWAT ke 019-666. Taip sekarang dan menangi percutian ke TAMAN KOTA MASAI, JALAN KUINI 1, Rumah nombor 13. zaaasssssss......

KLASIK NASIONAL



Apa lah sangat dgn CB400 tu, gua form one pegi sekolah dah pakai HONDA NSR500 hadiah dari freddie spencer.

Zaman tu kalau pegi sekolah tak pakai kasut carefree memang tak true, pakaian sekolah bapak gua beli dari butik jalan penggaram. Bab mencarik saiz memang boleh jadik gaduh, baju saiz L, seluar pinggang 30cm kasut saiz cinderella 8setengah.
Zaman tu rambut gua masih lebat ala trent reznor, kalau sekarang gua rambut panjang dah mcm rambut hulk hogan. Badan pun still maintain lagi, kalau pergi odisen cerita geng bas sekolah pun tak malu sangat.

Gua mengaku gua gemok, tak mcm member gua sorang ni(nama dirahsiakan) bab kurus madang dia je, pastu umur mesti nak 23tahun, apa rumah dia takde cermin muka apa?? yang gua tak boleh blah ada ke patut dia ckp muka dia mcm ako mustapha!! UNTA!!!

08 February 2010

CABUTAN BERTUAH

Dekat dekat raya cina ni tempat keje gua dapat la beberapa hamper ihsan drp company besar dan supplier. Spt biasa ahli mesyuarat tingkap akan buat cabutan utk bahagikan barangan drp hamper yg sudah dibukak. Maka setelah dikira kira seorang staff dapat satu barang.

Gua riki riki ada byk jugak barang barang baik mcm abalone, sotong bergula, pati ayam brands, bird nest, ginseng, tongkat ali dan ginko. Gua memang aim nak dpt champagne tak beralkohol tu, balik keje boleh pekena sambil layan cerita halimah jongang.

Turn gua cabut nombor gulung, yele phati yelek nombor 22!!


TADAAAAA!!!!!!!!





Gua dapat kiub nenas dalam tin jenama nikko buatan kawasan perindustrian sri gading siap logo halal lagi!! Kalau wa dapat kiub nenas bersirap boleh la jugak gua buat air koktel campur pepsi, ni kiub nenas berlada!! Mana punya makbal la yang buat resepi ni!! UNTA!!!

02 February 2010

JANGGUT


Wa baru perasan janggut gua sudah start nak beruban, adakah gua akan menjadi tom araya??

Antara afro dan rockstar

Cedric tengah ikat kasut boot depan tajam dia. Bukan main berkilat aku tengok. Sambil-sambil tuh, dia main-main rambut dia yang dah tak afro tuh. Aku rasa dia lagi ensem kalu tak rambut panjang. Tapi apakan daya, kang tegur marah. Biasa lah darah Mexico nih, manjang nak latino heat jek, manjang nak chicano dia jek. Aahhh...dulik lah. Aku orang jawa. Aku ada Pateh Karma Wijaya.

Omar lak tengah setting gitar dia. Apa jadah tah sekarang nak pakai Ibanez plak. Dulu dah ok dah pakai Mustang, nak tukar Ibanez. Gadget plak bukan sikit. Bertimbun. Rockstar main gitar nak kena macam tu kot. Ni lagi sorang darah Mexico. Tak leh kena tegur. Tau la banyak endorsement. Kecoh!

Ni bassist si Juan nih. Aku angin jek. Muka asyik selenge jek. Nasib baik penah main dengan Racer X. Kalau tak, memang aku dah kick dah dari band nih.

Dave Grohl seperti biasa tak yah citer banyak kat dia. Senang bawak berbincang. Cuma kekadang dia memalam buta nangis kenangkan si Kurt tuh. Dah tua gembeng.

Aku, seperti biasa rilek jek.

Kami naik ke pentas persembahan Grammy. Semua pulun abis.

Akhirnya, kami menang album terbaik tahun ni.


.......Kena beli gitar nih! Damn!