BPHC bukan Batu Pahat Hardcore, tapi BURGER PILIHAN HARUS CUBA. Kedai burger yang aku usahakan dengan Saleh sekarang seolah-olah cuma tinggal nama jek. Dah hampir sebulan lebih kedai burger aku tak bukak. Saleh dah pun kerja kat JB sebagai pembantu tadbir (keja gomen, kali keempat interviu, baru dia dapat, rezeki ko leh).
BPHC pun dah senyap. Sejak 3 bulan terakhir, jualan BPHC sangat merosot. Nak jual 10 biji pun susah sangat. Kitaorang tak tau kat mana silapnya. Mungkin sebab pindah kat warung Zam ke menjadi penyebab kurang pelanggan? Tapi bukan jauh sangat pun dari tempat asal, cuma 20 meter jek lebih kurang jaraknya.
Sebab burger kitaorang tak sedap ke? Bukan nak berlagak, tapi boleh dikatakan burger kitaorang memang ada rasa sedap, setakat nak pukul burger-burger kat pasal malam atau burger kat bustand, memang abis lah kalau lawan (ni bukan nak riak, cuma nak bagitau perbandingan). Semua orang kata sedap. Pelanggan tetap pun dah ada. Pelanggan yang tiap-tiap malam akan beli. Dulu ada pelanggan kat Courts Mammoth. Satu Courts Mammoth beli burger aku. Kalu yang keja 13 orang, 13 biji burger lah kena masak. Tapi lepas diaorang tau aku dah kawin, diaorang terus tak beli lagi dah, malah kalu terserempak, tegur pun tak. Ceh, diskriminasi betul. Errr....aku nak tanya, kalu tak sedap, orang tak beli kan?
Sebab datang lambat ke? Rasanya datang lambat mungkin penyebab, tapi bukan penyebab utama. Datang cepat pun kereta mmg banyak parking kat tempat kami berniaga, jadi kenalah tunggu sampai keta takde.
Sebab mahal ke? Rasanya harga sangat-sangat berpatutan. Daging RM 1.70 dan ayam pulak RM 1.80. Murah kan? Kalu mahal, takkan ada akak dengan pakcik tuh beli hari-hari? Takkan uncle tuh beli hari-hari? Takkan budak-budak keja Onestop kerap beli? Kalau nak bandingkan harga kat KL atau JB atau kat kampung aku sekalipun (minggu lepas aku beli burger kat kampung aku, abg tu jual RM2.00, dah lah pakai daging 1000gm, aku pakai daging 600gm --- korang akan paham kalu jual burger sebab daging 600gm isinya banyak) jauh berbeza dengan harga aku.
Sebab takde kualiti ke? Motto kami kat BPHC, "Quality First, Then Quantity, If You Want More Quality, Then You Must Buy More Quantity" -----> Motto ni mmg mcm haprak sikit sebab dicipta sekali lalu jek. Untuk pengetahuan korang, kami menggunakan sos yang mahal dan sedap. Salad, timun dan bawang yang sememangnya segar (bukan beli kat rejected vege). Bawang pun bukan bawang merah besar, bawang Holland yang kuning tuh. Mayonis pun bukan ada campur-campur air, just pure mayonis. Memang kualiti kami jaga sebab kalu makanan sedap dan berkualiti, customer akan carik. Tapi macam tersilap lak kan pemahaman kami?
So, bila dipikir balik, tak tau kat mana silapnya. Cuma satu yang aku pasti, kurangnya ibadat membuatkan burger tu kurang jalan. Tu aku pasti.
Dalam masa terdekat nih, aku belum terfikir nak bukak burger kat odeon lagik. Sebab utama adalah faktor-faktor keselamatan. Korang yang selalu baca penulisan aku akan tau kenapa kat Odeon tuh bahaya (note:rujuk tulisan aku yang lain bertajuk "Semusim Di Odeon"). Seminggu sebelum Saleh gerak gi JB, masa kitaorang nak ambik stall (nak niaga lah ni), tiba-tiba terperasan ada orang geledah, tengok dekat-dekat sah mat pit/mat gian tengah geledah. Maka bermula episod soal menyoal antara aku, Saleh dan mat pit tuh. Saleh tak pikir panjang, terus dia telefon polis. Yang buat horor nya, Saleh telefon jauh sikit dari mat pit tuh, jadi aku lah yang kena jaga jangan bagi dia lari. Dipendekkan cerita, polis datang dan tangkap si mat pit bernama Yazid ni ( aku tau pun masa buat polis repot, umur dh tua dah dalam lingkungan 55 tahun).
So relevannya tindakkan aku untuk tak bukak BPHC ialah sebab aku terpaksa jaga sorang-sorang. Odeon tu pulak pukul 9 malam dah takde orang niaga. Jadi aku terpikirlah, kalu aku bukak sorang-sorang, pastu alih-alih ada sekumpulan mat pit nak seek for revenge sebab kawannya kena tangkap, tak ke haru aku nanti? Tu antara sebab aku tak bukak lah, disamping pelanggan yang sangat kurang.
Aku sayang BPHC. Aku rasa Saleh pun macam tu gak. Kat situ lah Komuniti Lusuh Jalan Jenang terwujud. Kat situlah hari-hari Uda lepak dan melarikan diri dari "Geng Pekida" sambil kadang-kadang Leha menemankannya. Kat situlah Role lepak kalu dia tak gi dating. Kat situlah Ijan lepak kalu dia balik hujung minggu dan tak jam dengan band Kultus Kabus (Ijan sekarang dah kawin, dah boleh fuck tiap-tiap malam sebab aku geli dengar cerita "horny-sentiasa" dia tuh). Ramai yang lepak walaupun tak hari-hari. Yang aku sebut tadi hanyalah kawan-kawan rapat saja.
Sedih memang sedih. Tapi nak buat mcmana kan. Mungkin aku akan fikirkan bukak kat tempat lain. Memang dah ada perancangan, cuma anjakkan je belum ada. Tapi rasanya bukan burger, mungkin aku nak jual nasik lemak. Tapi sapa tau, mungkin demi untuk membangunkan nama BPHC, aku still akan jual burger, sebab nama tu sangat sentimental sekali!!
BPHC, hmmmm...sentimental dan sedap sekali......
.....lagipun nama tuh nampak hardcore kan?
NEOFISHY